16 Pekara yang anda perlu tahu sebelum berhajat untuk menanam avokado dengan jayanya.
Hanya sebagai panduan dan perkongsin dari pengalaman. Mungkin pengalaman penanam avokado yang lain berbeza dengan pengalaman saya.
1. Periksa potential Hydrogen (pH) atau kesesuaian kemasaman tanah. Julat pH optimum adalah 5.2-6.8 Selalunya sukar nak kekalkan pada pH ini (memadai jika dapat kita laraskan ke nilai 4.5-6.0) Avokado lebih suka pada tanah yg sedikit berasid
2. Pariksa struktur tanah. Avokado suka pada tanah yang gembur dan tidak menakong air. Elak menanam dikawasan yang pernah terkana banjir. Akar avokado boleh pergi hingga ke kedalaman 1 meter oleh itu watertable haruslah lebih daripada 1 meter bagi tanah yang tidak mengalami banjir.
Kira-kira 80% kepadatan akar avokado berada pada kedalaman 20cm teratas. Teksture tanah pada zone ini mesti dijaga supaya pertumbuhan pokok dapat dioptimakan.
3. Periksa altitute atau ketinggian lokasi (elevasi) ladang cadangan anda. Ketinggian akan mempengaruhi biome iaitu suhu dan kandungan udara. Kandungan oksigen dlm udara bagi avokado tidak kurang daripada 16% atau pokok akan mudah mati apabila kandungan oksigen bawah 10% (Rujukan: Paper No. 1544, University of California CRC-AES). Avokado ras Mexician dan Guatemalan sesuai ditanam di dataran tinggi 1000-2200m dpl
Latitute mempengaruhi musim iaitu tempoh cahaya dan suhu manakala Elevation (Altitute) mempengaruhi kandungan udara dan suhu.
Gunung kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu 4,095meter atau kira-kira 13,435 kaki dari aras laut. Merujuk kepada graft suhu Atmosfera, dengan ketinggian ini dipuncak gunung kinabalu suhunya boleh mencapai -2°C (Suhu ini juga dipengaruhi oleh angin+arus lautan+suhu tersimpan oleh batuan. Dijangkakan suhu waktu malam boleh mencecah ke -2°C hingga -4°C)
- Perubahan suhu 0.65-1.0°C bagi setiap 100m ketinggian. Berapa altitute lahan anda dari paras laut (m dpl)?
Suhu pada ketinggian 12ribu meter boleh mececah -60°C. suhu ini saya rakamkan semasa menaiki flight dari Kuching ke Kota Kinabalu.
- Berapa suhu harian?. (Avokado hidup dgn subur pada suhu 12-32°C). Ada beberapa klon tertentu boleh hidup pada suhu beku, tetapi pokok akan mengugurkan daunnya apabila tiba musim sejuk.
Istimewa cuaca Malaysia bagi tanaman avokado, Hasil avokado malaysia boleh dinikmati hampir sepanjang tahun kerana kita tiada musih sejuk atau panas melampau. Hampir semua jenis avokado boleh ditanam di Malaysia mengikut zon tertentu. Masalah utama kita adalah hujan, hujan boleh menyebabkan bunga/ buah kecil gugur. masalah lain dari hujan iaitu reput akar yang boleh menyebabkan pokok mati. Cuaca malaysia yang panas dan kadang kala hujan sepanjang tahun menjadi kesukaan kebanyakan tumbuhan termasuk avokado.
Pokok yang subur tidak semestinya berbuah. Kejayaan pendebungaan avokado dipengaruhi oleh perubahan suhu siang-malam. Contohnya anda ingin menanam Pinkerton, maka suhu ideal bagi Pinkerton iaitu suhu waktu siang <26~28°C manakala sebelah malam kira-kira 16-18°C. Varieti lain seperti Hass (optima pada suhu 18-23°C) didapati boleh juga berbuah di dataran sederhana rendah yang suhu siangnya sekitar 28-31°C dan sebelah malam 20-23°C. Hass boleh berbuah tetapi jumlah buah tidak selebat buah di dataran tinggi yang suhu sejuk.
Jika anda bertanam di pingir bandar Kuching seperti saya yang mana suhu siang 30-34°C dan di sebelah malamnya 25-27°C. Saya tidak boleh menanam Hass, kerana suhu pendebungan Hass 16-23°C. ini yang saya katakan tadi "Pokok subur tidak berbuah". Maka pokok yang sesuai bagi saya ialah Lilin Singkawang dan pokok ketegori tanah rendah yang lain.
# Saya tidak cukup data utk ulasan ini. Kesesuaian varieti ini saya rujuk dari pengalaman orang lain. Kebanyakan klon yang saya tanam adalah dari pokok yg telah terbukti sesuai dengan iklim di tempat saya seperti Miki, Lilin, Aligator, Semil34, ST1, ST2, ST3, ST6, QAV1 , QAV3 dan AC2.
4. Lupakan dulu tentang elevasi kerana iklim dikota singkawang (indonesia) yg elevasinya kira-kira <100meter dpl jauh berbeza dengan cape town (Afrika Selatan) yang juga <100m dpl. Suhu waktu malam di singkawang 23-26°C dan 29-34°C di siang hari, manakala di cape town 20-29°C sebelah siang dan 11-17°C di sebelah malam. Perbezaan iklim bagi dua bandar ini disebabkan jauhnya dari kedudukan garisan lintang khatulistiwa (Latitute)
Kedudukan geografi
Singkawang latitute 0.9060° N
Cape town latitute 33.9249° S
Pilih benih yang sesuai dengan iklim tempat anda menanam. Jangan tanam varieti iklim sejuk di dataran tanah rendah yg agak panas - pokok tak akan berbuah seperti yg anda harapkan (Buah sikit atau lambat keluar hasil). Buahnya juga mungkin mempunyai rasa berbeza dengan pokok di tempat asal. Katahui juga jenis bunganya, sama ada bunga type-A atau type-B. Bibit yg mahal tidak menjamin pokok itu boleh berbuah di tempat anda. Jenis bunga tidaklah kritikal kerana Malaysia tidak mengalami musim dingin seperti nagara sub-tropika.
Jangan jadi pusing mencari berapa suhu siang atau malam ditempat cadangan kebun kita. Ada dua kaedah yg boleh digunakan utk mendapat anggaran kesesuaian tapak
i. Mengunakan apps dari jab. Kaji cuaca. Mareka memiliki rekod cuaca yg boleh dijadikan panduan asal
ii. Mengunakan pengukur suhu yg dpt merekodkan perubahan suhu sing-malam
Tak dinafikan bahawa pokok jenis iklim sejuk masih dapat mengeluarkan bunga di dataran rendah. Seperti yg saya katakan tadi, jumlah buah yang melekat mungkin sedikit sahaja atau langsung tak lekat. Dari segi kualiti, contoh Miki yang dibudidaya di dataran tanah tinggi lebih 1200m dpl. Pokok masih produktif tapi isinya banyak berair berbanding Miki yang ditanam di dataran bawah 500m dpl yg lebih manis dan isinya kering. Contoh lain iaitu Hass yang ditanam di dataran tinggi 1400m dpl kandungan lemak yang lebih tinggi berbanding yang ditanam dilahan 120m dpl (rujukan dari pohon Handa Sugiharto dan superavo). Akan tetapi didapati juga Hass yg ditanam ditanah rendah saiz buah lebih besar dan bulat.
5. Penuhi keperluan asas pokok seperti yang sering saya kongsikan berpandukan formula Dr ABC (D-Duit @ Dana, r - Racun/Rawatan, A - Air, B- Baja & C-Cahaya). Lakukan perancangan supaya pelaburan anda tidak sia2
6. Rawat bibit sebelum dibawa masuk ke lapangan. Hapuskan segala kemungkinan penyakit yg terdapat di nurseri semaian daripada merebak ke kebun anda. Mencegah pokok dalam polibag lebih baik daripada mengubati penyakit di lapangan
7. Lakukan hardening sebelum membawa pokok ke lapangan bagi mengurangkan transplant shock (burn injury)
8. Air adalah keperluan asas tanaman. Siram secukupnya supaya pokok anda tidak mati kekeringan. Pokok juga boleh mati kelemasan jika terlebih air. Kadar tranpirasi avokado 2.4-3.4L/m², ini bermakna setiap pokok dengan keluasan kanopi 1meter sq memerlukan kira-kira 3.4L air untuk pertumbuhan optima. Bagi penanaman di tanah rata disyorkan menanam dengan kaedah berbusut atau jika skala hobi boleh tanam dalam pasu khas (Air Pruning Pot).
9. Avokado sangat peka kepada garam. Kandungan garam yang terlalu tinggi meningkatkan kadar salinity tanah jika tidak dikawal ianya boleh merosakan pokok avokado. Kekalkan salinity tanah dibawah zon akar pada EC 2, setiap 640 ppm larutan garam boleh meningkatkan EC tanah 1dS/m. Apabila EC melebihi 4dS/M akar tidak lagi dapat menyerap air.
Normal: 0.5-0.7 (pertumbuhan dan pengisian buah)
Optima: 0.8-1.2 (pembentukan buah)
Sederhana: 1.3-2.5 (selepas pembajaan)
Tinggi: 2.6-3.8 (nilai sementara semasa aruhan bunga)
Avokado dari Ras West Indian lebih tinggi toleransi terhadap salinity berbanding Ras Mexican
10. Baja hendaklah diberikan tepat dengan keperluaannya. Ada 13 unsur nutrisi penting yg kita harus berikan mengikut dos yang bersesuaian dengan keperluan pokok. Selain drpd NPK, Mg dan Ca.. Tanaman avokado memerlukan unsur Zn yang lebih banyak berbanding tanaman lain. Elakkan penggunaan baja yang tinggi kandungan klorida, bacaan klorin melebihi 100ppm dikira tinggi dan kurang baik kepada pokok avokado.
Jumlah baja yang diperlukan pokok avocado dilapangan.
Pada usia 1 tahun 400g (50-80g x 6)
Pada usia 2 tahun 800g (120-200g x 6)
Pada usia 3 tahun 1.5kg (250-300g x 6)
Pada usia 4 tahun 2.0kg (500-650g x 4)
Pada usia 5 tahun 3.0kg (800-950g x 4)
Pada usia 6-10 tahun 6.0kg (1.5kg x 4)
Pada usia lebih 10 tahun 8.0kg (2.0kg x 4)
pada usia 1 tahun baja yang diberikan adalah baja subur seperti 16:16:16 + Te sebanyak 400g atau baja semi-organik 1kg yg diberikn 6 kali. Jumlah baja akan ditingkatkan pada tahun berikutnya sesuai kesuburan dan dengan saiz kanopi pokok. Pada tahun ke-4 pembajaan boleh diberikan 3-4 kali setahun (jika berbuah sepanjang tahun bagi 4 kali) baja bunga yg saya gunakan iaitu nisfoks 10:18:24 dan baja buah 15:3:20 atau 12:6:24 yang diperkaya dengan unsur Zink. Jumlah pemberian baja bunga / buah sesuai dengan jumlah hasil yang kita kutip pada tahun tersebut atau musim sebelumnya.
11. Pokok sedang berbuah (fasa fruit setting) dan pada masa yg sama muncul bakal bunga. Bolehkah membaja semasa pokok sedang berbunga?
Elakkan membaja jika terdapat calon bunga walaupun pokok sedang berbuah. Memang benar semasa pembentukan buah banyak nutrin diperlukan tetapi jika salah jadual pembajaan maka bunga akan gugur. Di sini kita berada dlm delima, yang mana jika tidak dibaja juga menyebabkan kualiti buah menurun dan buah juga boleh gugur sebelum matang. Oleh itu perancangan awal sangat penting.
Jika buah tidak berapa lebat mungkin anda akan terfikir untuk mempertimbangkan calon bunga itu putik buah. Disini pemilihan baja dan cara pembajaan sangat penting.
a. Gunakan baja organik bagi hanya ⅓ daripada kadar biasa. Tetapi selepas bungae jadi pintil buah kita perlu mbaja sekali lagi
b. Buat semburan foliar yg mengadungi K, Mg, Ca dan B
Sumber gambar dari website https://www.agric.wa.gov.au
12. Pastikan tempat menanam mendapat sinaran matahari yg cukup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Elakan menanam avokado ditempat yang terlindung.
13. Tanam pada jarak yang sesuai bagi memastikan pulangan yang optima. Jangan terlalu padat mahupun terlalu jarang. Jika terlalu rapat pokok akan bersaing sesama sendiri, jika terlalu jauh pula akan membazir ruang dan rumput mudah tumbuh. Jarak yang biasa digunakkan iaitu 6m x 6m hingga 8m x 8m. Bagi penanaman kendiri dihalaman rumah pastikkan jarak bersesuaian iaitu 2m ke dinding atau pagar dan pilih klon yang berkanopi kecil.
14. Jangan benarkan pokok berbuah sebelum tiba waktunya kerana kita tak mahu pokok tersebut terbantut. Mengikut saiz bibit.. Usia 12-18 bulan adalah masa utk pembentukan batang/dahan pokok tersebut. Pokok boleh mula diberi baja buah selepas 32 bulan penananan.
15. Jika anda menanam lebih daripada untuk keperluan sendiri. Maka tanamlah yang mendapat permintaan dipasaran, bukan tanam yang kita sukai sahaja. Tanam 2-3 varieti dan jangan lebih drpd 5 varieti di satu tempat.
Kelas Dataran
Dataran rendah <150mdpl
Dataran sederhana rendah 150-350mdpl
Dataran sederhana tinggi 350-800mdpl
Dataran tinggi >800mdpl
Variati Popular dan kesesuaian iklim
#Hass - Iklim sejuk <24. sesuai ditanam di dataran Tinggi (Tidak sesuai dengan lahan saya)
#Pinkerton - Iklim sejuk<26°C sesuai ditanam di dataran Sederhana Tinggi
#Booth7 - Iklim sejuk sesuai<26°C ditanam di dataran Sederhana Tinggi
#QAV1 - Iklim panas <30°C sesuai ditanam dataran Sederhana Rendah
#Semil34 - Iklim panas <30°C sesuai ditanam dataran Rendah
#Miki - Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah & Sederhana Rendah
#Alligator - Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah & Sederhana Rendah
#Btg. Rajang- Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah
#Lilin Singkawang- Iklim panas sesuai ditanam dataran Rendah
Klon Avokado Unggul dari Borneo seperti QAV1, Lilin Singkawang, Borneo Jay, Btg Rajang. Kebanyakan avokado Borneo dari ras West Indian yang mana buahnya berkulit halus serta bersaiz besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan