Seiring dengan zaman dan perkembangan teknologi sekarang, kebun avokado terbahagi kepada beberapa kelas seperti
1. Kebun Kayangan (Super-Tech)
2. Kebun Moden (Hi-Tech dan Sistematik)
3. Kebun Bangsawan (Hi-Tech + Mewah + Cantik)
4. Kebun kelas pertengahan
5. Kebun Tradisional
6. Kebun Senangan
7. Kebun 3T (Tanam, Tinggal & Tuai)
1. Kebun Kayangan (Super-Tech)
Kebun ini mempunyai sistem terknologi masa hadapan. menghasilkan buah avokado premium dan sesuai dengan teknologi yang digunakan terkini. Pokok mungkin ditanam dalam rumah hijau yang mana semua keperluan dikawal supaya dapat memberi produksi maksima. Keperluan hidupnya seperti nutrisi, suhu, pencahayaan, kelembaban tanah & udara, hormon dll semua diberi dan diukur tepat dengan alatan canggih dan ujian-ujian makmal. Semua musuh dan penyakit juga dikawal dengan rapi. Kebun avokado seperti ini mungkin hanya dilakukan oleh pihak NASA bagi kebun masa depan.
2. Kebun moden (Hi-Tech dan Sistematik)
Kebun avokado skala besar yang mana banyak menggunakan teknologi bagi memudahkan kerja dan peningkatan hasil tanaman. Kebun diurus secara moden, sistematik dan memiliki kemudahan moden. Kebun seperti ini memelukan satu pasukan yang lengkap dari peringkat lapangan hingga peringkat pengurusan.
3. Kebun Bangsawan (Hi-Tech + Mewah + Cantik)
Kebun avokado yang dimiliki oleh orang kenamaan atau kelas atasan. Dilengkapi dengan infrastruktur moden, mewah dan disusun cantik. Kebun seperti ini berorientasi kepuasan kepada pemilik sebagai simbol status kemegahan mareka.
4. Kebun kelas pertengahan (Mid-Class)
Kebun avokado dengan saiz sederhana hingga besar, hanya dilengkapi dengan kemudahan asas. penggunakan teknologi juga adalah secara sederhana tetapi cukup untuk keperluan utama tanamannya. contohnya memiliki sistem penyiraman asas, gudang pemunggutan hasil, stor baja/racun jentera-jentera ringan dll.
5. Kebun Tradisional
Kebun avokado dengan biasanya saiz kecil hingga sederhana. Tahap pengurusan dan perawatan juga secara sederhana. kebanyakkan peralatan yang digunakan adalah secara manual
6. Kebun Senangan
Kebuan yang dibuat sebagai hobi dimasa lapang untuk senaman badan dan minda. Hasilnya nanti untuk dikonsumsi sendiri atau sebagai pendapatan sampingan. Kebun ini biasanya bukan hanya ditanami dengan avokado tetapi bercampur dengan tanaman lain mengikut citarasa pemiliknya. Peralatan dan kemudah yang disigunakan adalah tidak tentu tetapi ianya bukan masalah kerana saiz kebun jenis ini adalah kecil.
7. Kebun 3T (Tanam, Tinggal & T uai)
Kebun avokado yang hanya mengharapkan nasib kepada tuhan. Kebun yang tanpa penjagaan dan perawatan atau perawatan yang minima. Si pemilik hanya bersemangat semasa menanam tetapi tiada kesinabungan atas alasannya sendiri. Kebun seperti ini sering terjadi dalam bangsaku, sehingga suatu hari kita tidak tahu siapa pemiliknya
Jako kenang
Bekebun ini adalah umpama menanam biji-biji Harapan jika kita mahu menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan atau untuk diwariskan. Jangan lakukan seperti orang yang menjadikan ianya sebagai Hobi. Jika hobi ianya hanya untuk menghiburkan hati. Pokok hidup mahupun mati atau buahnya nanti laku atau tidak.... itu tidak penting kerana tujuan kita hanya utk menghabiskan masa lapang.
Jika kita menjadikan ianya sebagai suatu harapan, kita akan memikirkan ke hadapan. adakah pokok yang kita tanam nanti menghasilkan buah yang boleh berbuah lebat dan rasa enak, dapat diterima oleh pembeli. Adakah pokok yang kita tanam itu memberi hasil boleh menjanjikan dan disukai oleh anak cucu. Harapan adalah suatu yang menjanjikan oleh itu kita perlu memilih benih yang kita sudah tahu berkualiti dan ditanam serta dijaga dengan baik.
Memilih benih yang berkualiti dan penjagaaan yang baik menyumbangkan hanya 40 peratus. Bakinya 60 peratus lagi adalah diluar kawalan kita. Ayuh....Tetap bersemngat dan berusaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan