PYCNARRHENA CAULIFLORA (Mecin Dayak)
AgroBorneo merupakan Blog peribadi yang Mengongsikan pengalaman bercucuk tanam. Amalan yang digunakan mungkin sedikit berbeza dengan orang lain. Penulis cuba memberi penerangan sebaik mungkin tetapi tidak dipertanggunggjawab atas kerugian pembaca yang menggunakan bahan siaran dalam blog ini.
Isnin, 20 Februari 2017
ENGKUBAI
Khamis, 16 Februari 2017
KESINDU
Klad: Angiosperms
Klad: Eudikot
Klad: Core eudicots
Order: Santalales
Keluarga: Olacaceae
Genus: Scorodocarpus
Ahad, 5 Februari 2017
BUNGKANG
SYZYGIUM POLYANTHUM /BUNGKANG
Clade:Tracheophytes
Clade:Angiosperms
Clade:Eudicots
Clade:Rosids
Order:Myrtales
Family:Myrtaceae
Genus:Syzygium
Species:S.polyanthum
Rabu, 1 Februari 2017
SABUNG
POKOK GNETUM GNEMON / SABUNG
Buah dan pucuk daun sabung adalah tumbuhan hutan yg bisa menjadi makanan. Kaum kami ( Iban Balau) biasa memetik pucuk sabung yg masih muda untuk dimasak menjadi sayur. Cara menyediakan santapan ini amat mudah, daun sabung yg masih muda direbus dalam periuk dan ditambah ikan pusu, garam dan MSG.
Buah sabung juga boleh dimakan. Buah muda boleh dimasak rebus bersama daunnya. Manakala buah matang bisa dijadikan emping / keropok yang amat enak.
Nama buku bagi pokok ini iaitu "Gnetum Gnemon". Di kabupaten lain namanya bisa dikenali sebagai Melinjau/Belinjo/Belinjau/Binjau, Niling, Soh, Mende, Bagok/BagĂș, Tulip, Daun Dua, Un Mulieng/Muling, Don Dodah, Tangkil, Minja, Ceperai, Cukok
Pokok ini hidup subur di tanah rendah dan lembap pada ketinggian 30-350 mdpl. Terdapat tiga jenis pokok sabung iaitu sabung manis, sabung niling dan sabung jawa. Pokok sabung manis dan sabung niling boleh didapati dalam hutan Borneo.
Sabung manis (daun kecil kemerahan tetapi sedap dimakan. Pokok saiz 2-4meter tinggi). Hidup subur di bawah tempat yg redup
Sabung Niling (daun lebih tebal dan pokok lebih besar 4-6meter tinggi daripada pokok sabung manis)
Sabung Jawa/Muling/Tangkil (daun tebal dan lebar tetapi sedikit kelat, buahnya juga lebih lebat dan biasa dibuat sebagai emping. Saiz pokok besar sehingga 20m tinggi). Boleh hidup subur di kawasan terbuka.
Khasiat sabung. Pucuk dan buah yang masih muda mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Buah yang matang kaya dengan protein, lemak, karbohidrat, fiber dan zat galian yg lain.
Cara membiakan pokok sabung iaitu dengan kaedah semai biji, keratan dan tut. Pokok yg saya tanam adalah hasil drpd semaian biji. Penyemaian biji mengambil masa 4-6bulan utk bercambah.
Isnin, 30 Januari 2017
Ketum
Ketum Mitragin
Ketum Mitragin (Nama saintifik: Mitragyna Speciosa). Pohon ini juga dikenali sebagai Puri' oleh kaum iban yang sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga dalaman dan menurunkan kasar gula darah bagi mareka yang bermasalah kencing manis. Walaupun demikian Ketum Mitragin tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ianya mengadungi bahan kimia Mitragyne yang boleh memberikan kesan ketagihan sama seperti pengambilan dadah.
Di nagara jiran
Thailand dan Indonesia industry penanaman ketum boleh memberi pendapatan lumayan
kepada petani tetapi di Malaysia penyualan air ketum merupakan satu kesalahan di
sisi undang-undang.
Ketum ayam
Ketum ayam (Nama saintific: Trichanthera gigantea atau dikenali Mandre de Agua) adalah sumber makanan ternakan yang kaya dengan protein. Daun ketum ayam mengadungi lemak yang rendah tetapi setinggi protein (18-24%) dan fiber 16% oleh itu ianya sangat sesuai sebagai makanan haiwan seperti Arnab, Ayam, Itek, Babi dan ternakan ruminan lazim tetapi kurang sesuai untuk ternakan ikan jenis Omnivor.
Ikan seperti tilapia memerlukan
sumber makanan yang lebih tinggi protein iaitu 28% dan rendah fiber iaitu
kurang daripada 7% (sumber info dari jab. Perikanan Malaysia).
Khamis, 20 Oktober 2016
Kapur Pertanian
TANAH MASAM
Dua punca utama tanah menjadi masam
- Kandungn Hidrogen yang tinggi
- Kandungan Aluminium yang tinggi
JENIS KAPUR PERTANIAN
Pengapuran sangat penting dalam bidang pertanian. Fungsi utama pengapuram adalah untuk
1. Menyelaraskan pH (potential of Hydrogen) pada skala yg dapat diterima oleh tanaman
2. Membekalkan minaral kepada tanaman
3. Membunuh pathogen perosak
Tanaman yang berbeza mempunyai kadar tolerasi pH yang mungkin berbeza.
Kadar pH juga akan mempengaruhi hasil tanaman. Contohnya pH optimum bagi tanaman jagung 6.8. Walaupun sulit untuk mengawal pH pada nilai tetap, kita boleh meletakannya pada nilai pH 6.5-7.0 melalui kaedah pengapuran.
Kapur boleh diperolehi secara semulajadi dari batu kapur, tulang/cenkerang haiwan dan muntahan dari gunung berapi. Terdapat 3 jenis batu kapur pertanian yang biasa digunakan dalam bercucuk tanam iaitu kapur Dolomite, Zeolite dan Azomite.
Bergantung kepada sumber diperolehi contohnya Dolomite. Kapur pertanian (Dolomite) mengadungi kalsium dan magnesium yang tinggi tetapi ianya tidak diketegorikan sebagai baja.
Pernahkah anda dengar kapursejuk dan kapur panas?
CaCO3 - Calcium Carbonate atau Limestone (Kapur Sejuk) slow release
Calcium Hydroxide Ca(OH)² atau Hydrated Lime (Kapur Panas)
Ground Magnesium Limestone (GML) adalah contoh kapur sejuk. Batu GML yang berkualiti tingg dinamakan Dolomite. Ianya mempunyai kandungan MgO lebih dari 18%. Jika kandungan kurang daripada 18% maka ianya tidak layak dipanggil dolomite tapi masih layak di panggil kapur pertanian sahaja.
Hydrated Lime berbeza berbanding Limestone GML CaCO3 atau pun Dolomite CaMg(CO₃)₂.
Ia adalah kapur yang Paling Cepat larut_bertukar menjadi ion bila terdedah kepada air/ kelembapan.
Kapur tohur Ca(OH)² digunakan secara meluas utk merawat kolam ternakan udang/ikan dan sawah padi sebelum menanam atau memasukan ternakan ikan/udang
Kelebihan Ca(OH)² ini adalah ia lebih cepat untuk meneutralkan pH tanah, tanpa mengakibatkan toksid tanah jangka panjang
Perbezaan Dolomite, zeolite & Azomite
Dolomite
Dolomite ialah kapur pertanian dan kandungan unsur yang terdapat dalam dolomite adalah unsur magnesium dan kalsium. Struktur dolomite ini ada seperti tepung dan berwarna putih. Fungsi dolomite adalah sebagai perawat tanah dalam memperbaiki struktur tanah dan memulihkan pH tanah yang masam bacaan kurang daripada pH 7. Unsur kandungan mineral makro & mikro di dalam dolomite adalah lebih rendah berbanding zeolite. Jika tanah tersebut telah di uji kaji kemasaman yang tinggi, penaburan kapur pertanian dolomite adalah bersesuaian untuk meningkatkan kesuburan tanah. Menjadikan tanah lebih efektif dan efisiensi untuk penyerapan zat-zat unsur nutrient dalam tanah.
Zeolite
Zeolite adalah mineral semulajadi yang terhasil daripada endapan letusan gunung berapi berjuta-juta tahun dahulu. Zeolite makin di gunakan sebagai salah satu bahan yang terbaik dalam pertanian. Zeolite mengandungi unsur-unsur ion bercaj positif seperti sodium, potassium, magnesium dan kalsium. Zeolite juga mampu menapis unsur-unsur logam berat seperti zink (Zn), Plumbum (Pb) melalui sistem pertukaran ion yang terdapat pada kerangka zeolite. Kadar pertukaran ion dalam zeolite merupakan elemen dalam mengikat dan menarik unsur nutrien yang terkandung dalam tanah agar kekal lebih lama. Disebabkan oleh sifat zeolite yang boleh menukar kation-kationnya, ia sangat sesuai bertindak sebagai baja dan juga sebagai penyubur tanah. Ini kerana zeolite dapat menahan kation-kation dan seterusnya menukar dengan kation-kation lain yang diperlukan dalam tumbuhan.
Kebaikan Zeolite pada tanaman :
1. Merawat tanah berasid dan memulihkan tanah mati akibat kekurangan zat mineral.
2. Zeolite mengandungi silica yang tinggi di mana ia berkeupayaan meingkatkan pegangan nutrien pada tanah tanpa pembaziran (leaching).
3. Berupaya mengurangkan keasidan tanah dan meneutralkan konsidi tanah kepada tahap tanah subur pH (6-7).
4. Zeolite juga mengandungi unsur asas baja NPK untuk keperluan pada tanaman.
5. Zeolite adalah mineral semula jadi yang stabil dan sesuai sebagai bahan organik pada tanah.
6. Sesuai sebagai bahan tambahan kepada kesuburan tanah, kompos dan baja bertindak perlepasan lambat (slow release) dan perlepasan terkawal (control release) apabila pokok memerlukan nutrien ketika membuat makanan dan tumbesaran.
7. Perawat tanah dan mengekalkan kualiti tanah pada masa jangka panjang.
8. Klorofil daun pokok kelihatan hijau dan lebih subur serta daya tahan kepada penyakit kepada tanaman.
9. Zeolite dapat menyingkirkan unsur-unsur toksik pada tanah serta memperbaiki kandungan silikat pada tanah
Azomite.
Azomite merupakan galian mineral dengan kandungan yang lengkap kaya dengan unsur mikro nutrien. Dalam pertanian organik ianya sering digunakan sebagai sumber mikro nutrien (Te). Terhasil daripada letusan gunung berapi dan bahan ini telah lama digunakan untuk meningkatkan penghasilan tanaman di Lembah Utah, Amerika Syarikat. Kegunaan azomite dapat memperbaiki kesuburan tanah, meningkatkan kestabilan pH tanah, meningkatkan hasil tanaman, mengurangkan kehilangan unsur nutrien dalam tanah akibat waktu hujan dan meningkatkan ketahanan rintangan penyakit pada tanaman. Kandungan unsur nutrien di dalam azomite adalah lebih banyak daripada unsur terkandung di dalam zeolite mahupun dolomite.























