Ahad, 19 Julai 2020

KESAN KLORIDE




Peranan umum klorin (Cl) pada tanan

1. Menguatkan tanaman daripada penyakit

2. Diperlukan dalam pengaturan air semasa fotosintesis. Defisiensi Cl akan meyebabkan tanaman layu dan akar pendek, pembentukan buah sedikit.

Produk pertanian apa yang mengadungi klorin

Dua sumber Cl yang sering digunakan dalam pertanian iaitu Garam Kasar dan baja Muriate Of Potash (MOP)  . Kedua bahan ini boleh diperolehi dengan mudah dan murah iaitu dari sumber air laut.

Satu-satunya tumbuhan darat yang hidup di Beting Patinggi Ali

Muriate Of Potash juga dikenali sebagai Potassium Chloride dengan formula KCl. Iannya mengadungi hampir 60% K2O dan 40% Cl. Baja MOP banyak digunakan dalam kebun kelapa dan Sawit kerana ianya murah dan tanaman tidak sensintif terhadap klorida. Kelapa boleh hidup ditepi laut dan hidup dengan subur.

Garam mengadungi unsur minaral yg banyak seperti K-1.1%, Ca-1.2%, Mg-3.7%, S-8%, Cl-55%, Na-30% dll. Memang garam boleh dijadikan sebagai baja tetapi bukan semua tanaman sesuai dibaja dgn garam. Unsur Cl (Klorin) diperlukan dengan kadar yg sangat sedikit, jika terlebih boleh menyebabkan chloride injury (toxicity). Kesan kecederaan klorida pada tanaman seperti daun terbakar, buah mengkal, buah tawar dll. 

Sama mcm ikan laut, ikan muara dan ikan ulu sungai. Tahap ketahanan penerimaan garam bagi tumbuhan juga berbeza. Ada yg mengemari dan ada yang sensitif. Dibawah saya senaraikan sedikit tanaman mengikut tahap toleransi terhadap garam laut dan jenis baja yg sepatutnya.


Mengemari

- Kelapa, celery, ubi bit


Sederhana Toleren (Baja MOP)

- Sawit, getah, padi, tebu, pisang, kobis, asparagus, kacang tanah, halia, kapok dll


Separa Toleren (Baja Low chloride)

- Kopi, nanas, kantan, teh, kentang, halia, anggur, kaledek, tomato, timun, labu, lobak, bayan, bunga matahari dll.


Sesintif (Baja SOP)

- Durian, avokado, mangga, limau, chili, koko, lada, tembakau, kundur, strawberry..dll

 Kalau nak taburlah garam epsom pada tanaman.


Kesan kecedaraan baja berkloride (Cl) pada buah durian.

1. Mengurangkaan kandungan gula buah menjadi tawar

2. Merosakan akar muda dan menganggu penyerapan nutrisi 

3. Penyerapan air terganggu. Buah  mengkal

4. Menjadikan buah kelihatan pudar

5. Menyebabkan kurang aroma pada buah

Pembajaan kimia bagi durian, dari segi ekonomi. Pokok kecil boleh bagi baja Low Chloride. Kalau pokok besar semasa berbuah bagi SOP manakala jika tak berbuah bagi Low Chloride.



Merujuk kepada posting dalam fb seorang ahli PPDM. "AssalammuAlaikum semua dan salam muhibah.mohon betanya.daun pokok saya merekot.adakah ni tanda2 kesan kerana terlebih tabur baja ke?(baja organik).

ataupun kesan bahang asap dari pembakaran daun kering berhampiran dengan pokok?

Pokok tua anggaran usia 50 tahun.pokok besar.saya tabur baja lebih kurang satu baldi kedai rm2.lebih kurang 3 minggu lepas.

Di bawah saya sertakan gambar baja organik.
Saya dahului dengan ucapan Terima kasih yg tak terhingga kepada yg sudi berkongsi ilmu dan pengalaman."



Gambar diatas adalah kesan pemberian baja yang tinggi kandungan klorida. Baja boleh meningkatkan salinit tanah dan pokok mengalami chloride toxicity

Lauk tanpa garam memang tawar rasanya. Dulu2 penyakit beguk sering terjadi pada org yg tinggal di kawasan ulu pendalaman sebab mareka tak makan garam. Tapi sekarang ramai yg kena penyakit darah tinggi dan kegagalan buah pingang sebab terlebih garam.

Garam durian

 Garam Laut sumber baja yang murah.


Garam kasar diperbuat dari air laut, ianya adalah sumber minaral yang murah dan mudah. mengadungi mineral yang tinggi. Garam laut mengadungi pelbagai minaral, kira-kira 55% darinya adalah klorida. Bergantung dari mana sumber air garamnya di perolehi, bagi setiap 1liter terkandung 18-23gram unsur klorida.

Bolehkah garam laut diberikan kpd pokok durian dan apa kesannya. 

Durian adalah antara tumbuhan yang sensitif terhadap klorida natrium. Akar tumbuhan seperti durian akan mudah rosak apabila kandungan klorida dan natrium dalam tana. bukankah air laut mengandungi Cl dan Na. Jangan silap dengan kenyataan ini, sebab ada yang mengatakan unsur klorida dan natrium langsung tidak boleh diberikan kepada durian. Sebenarnya tumbuhan seperti pokok durian memerlukan ~0.2gram Cl bagi setiap1kg baja. 

Satu tempat unik di Sarawak. Durian kampung Pasir Pandak di Kuching memang cukup terkenal. Durian tumbuh sekian lama / semulajadi berdekatan dengan kawasan air spara masin (Payau) tetapi masih mengeluarkan buah yang sedap. Durian-durian disini secara semulajadi telah menyesuaikan diri...

Ramai yang syorkan untuk memberi garam jika pokok tidak mahu berbunga. Memang benar kerana natrium dalam garam boleh menyebabkan pokok stress. Ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk membuat simulasi stress seperti kawalan air, puasa nitrogen untuk meningkatkan C:N ratio. Penggunaan garam kasar untuk membuat simulasi stress/berbunga pada pokok durian adalah tidak sesuai. Kesan buruk lebih banyak daripada kebaikan.


Setiap liter Air Laut Mati mengadungi 

lebih 34% garam.


Bagi petani kampung amalan memberi garam kasar memang sudah tidak asing. Ianya boleh menjimatkan kos pembajaan. Pembajaan menggunakkan garam bagi pokok durian kampung yang ditanam dari biji mungkin tidak mendatangkan masalah besar kerana akar durian kampung tanam biji lebih dalam dan durian kampung jarang dibaja. Tetapi selalu juga kita mendengar pekebun durian menggadu beberapa pokok durian klon tertentu seperti D24 mengalami masalah buah mengkal. Satu daripada penyebab buah mengkal iaitu memberi garam kasar. Garam juga bersifat osmotic ianya akan menyekat penyerapan air. Bila air diserap kurang pokok stress dan boleh merangsang bunga tapi semasa pembentukan buah jika air kurang buah akan jadi mengkal.

Dalam bidang pemprosesan makanan ianya digunakan utk mengawit makanan.

Jika kos membeli baja menjadi isu. bilakah masa yang lebih sesuai memberikan garam sebagai baja?


PEMBERIAN GARAM boleh menyebabkan masalah buah MENGKAL bagi POKOK KAWEN, POKOK MUDA & KLON TERTENTU.

Isnin, 13 Julai 2020

BUAH BURUK2

 BUAH DURIAN BERULAT


Buah yang buruk dan berulat sangat merugikan pekebun durian. Ulat ini adalah larva dari induk buyah Mudaria.ssp atau buyah Conogethes Punctiferalis.



 


Buyah (kupu-kupu) ini aktif di sebelah petang hingga awal malam. Kawalan buyah hendaklah bermula dari fasa pembungaan lagi. Induk buyah akan  bertelur pada bunga/putik buah seterusnya membentuk larva atau ulat. Setelah menetas ulat ini akan mengorek dinding buah yang masih lembut dan mendiami didalam buah tersebut hingga dewasa.

 

Kawalan secara kampungan paling mudah dan murah ialah membuat asap setiap hari. Hidupkan api di awal petang bagi menghalau induk buyah. Kita boleh guna sampah daun di dalam dusun atau guna kulit kelapa, tandan sawit dll. Jangan kuatir sebab asap ini tidak menghalang kelawar yg datang membuat pendebungan.

Cara lain iaitu dengan membuat perangkap lampu untuk menarik perhatian induk buyah. Lampu bercahaya kuning (warm light) lebih efektif menarik induk buyah berbanding warna putih (cool light).

 

Kawalan kimia juga boleh dilakukan dengan memyeburkan racun serangga  seperti Karate, Alika Zc, Voliam Flexi atau  Colam Zc. 

Voliam Flexi

Thiamethoxam (17.54%) Chlorantraniliprole (8.77%)


Alika Zc atau Colam Zc

Thiamethoxam (12.6%)
Lambda Cyhalothrin (9.5


Sembur racun serangga seperti di atas pada hari ke-10 dan hari ke-40. Juga digalakkan untuk menyembur foliar Kalsium supaya mengukuhkan sel-sel dinding buah.


Peringatan: JANGAN guna FURADAN. 

Bagi buah yang masak tapi berulat. Jangan dibuang begitu sahaja. Buah tersebut harus dikumpulkan dan dilupuskan dengan sempurna.  Maksudnya - Kuburkan dlm tanah, bakar atau sembur dengan racun serangga.


Posting ini hanya sebagai panduan asas kepada pemula. Gambar yg digunakan diambil dr media maya sebagai rujukan supaya lebih mudah difahami. Harap ada perkongsiaan kasih dari otai yg lain. 

BUAH BURUK1

BUAH BURUK

Mari kita kupasan kejadian Muai Kubû atau Jerok Hantu atau Buang Buruk. 

Biasa dialami semasa awal musim buah terutama jika terjadi hujan lebat. Boleh juga terjadi jika pokok diserang oleh makhluk perosak atau kulat. Dalam gambar dibawah nanti anda boleh bezakan buah kubü akibat kekurangan zat, terjangkit kulat Phytopthora Palmivora dan kulat Lasiodiplodia Theobromae juga buah yang ditebuk ulat.

Kita bicara lebih lanjut mengapa kejadian ini terjadi. 

Borneo mengalami musim hujan yang panjang. Semasa musim hujan unsur kalsium yang diserap oleh pokok mungkin tidak mencukupi. Tanda kekurang unsur kalsium biasanya dapat dikesan pada bahagian bawah buah. Buah akan buruk dibahagian bawahnya terlebih dahulu (End rot) dan mungkin merekah serta isinya mengkal.


Manakala bagi buah yang dijangkiti oleh jamur (Phytophthora palmivora atau Lasiodiplodia Theobromae) buah akan buruk sama ada dibahagian atas/bawah/tepi. Kulit buah akan kelihatan lebam berair terlebih dahulu sebelum membusuk.

Gambar di atas adalah tanda2 pada bahagia luar buah yang rosak akibat Phytophthora palmivora. Bahagian dalam seperti gambar dibawah.


Musim durian sudah dipenghujung tetapi buah tidak gugur walaupun sudah merekah di atas pokok. Biasanya buah seperti ini mengalami masalah ketidak seimbangan nutrient contohnya terlebih unsur Ca dan P yang menyebabkan tangkai buah terlalu besar dan kukuh. 


Buah musim lalu banyak yg bermasalah tetapi selepas diberikan Dolomite ternyata musim ini buahnya cantik. Gambar buah milik peserta kursus dari puncak Borneo


Bagaimana mengurangkan masalah buah buruk.

1. Bekalkan secukupnya unsur nutrien sesuai dengan fasa dan cuaca. Terutama unsur potassium (K) dan kalsium (Ca)

2. Amalkan sistem pengurusan kebun yg baik, ini bagi mengelakan masalah yg sama terjadi di musim yang akan datang.
- Hapuskan perumah penyakit
- Sediakan sistem saliran yg baik
- Pastikan pH tanah bersesuaian iaitu dalam nilai 5.5-6.5
- Amalkan penggunaan racun kimia dengan bijak iaitu secara bergilir a.i bagi mengelakan kekebalan musuh tanaman
- Kumpulkan buah yg rosak di satu tempat yg jauh dan lupuskan dengan cara seperti membakar, mengubur atau sembur dengan racun
- Lakukan sekurang2nya 2 kali rawatan jamur Phytophthora iaitu sebelum musim pokok berbunga dan diawal musim buah (saiz buah sebesar bola tenis). Boleh guna Fosetyl Alumimium, Metalaxyl, Dimethomorph atau kawalan secara organik menggunakan Trichoderma dll.

Jangan menyembur racun kimia pada buah yang hampir  matang. Anda boleh menggunakan bahan alami seperti Cuka Kayu.


Video: Bagaimana Redomil bertindak melindungi tanaman anda. 


3. Rawat pokok dari masa ke semasa. Sembur racun serangga saat buah masih kecil. Kulit muda yang lembut memudahkan ulat memasuki buah tersebut.










Gambar yg digunakan dlm penerangan ini diperolehi dari sumber google dan Facebook.

TUMBUHAN TUMPANG

Pokok penumpang

Jenis pokok perasit

- Lumut

- Pokok duit-duit

- Pakis


Cara mengawal

- Manual

- Kimia 



Video oleh group pekerja pemanjat profisional Offhes Khell



Penggunaan kimia bagi membuang lumut dan duit-duit

 








Ahad, 12 Julai 2020

MUSUH DURIAN

 Musuh Utama Tanaman Durian

Musuh tanaman durian (Serangga dan haiwan perosak)



Kumbang Pemakan daun (Apogonia dan Adoretus ssp) menyebabkan daun berlubang2.  Antara racun serangga yg digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos

Ambrosia



Kumbang Pengorek batang (Synanthedon sp) dan (Platypus Cupulatus) menyerang bahagian kulit yang biasanya ada dijangkiti oleh penyakit kenker batang ( Phytophthora palmivora ).  Antara racun serangga yg digunakan racun dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Prevathon + endure


Cicandas





Koya (Pseudococcus sp) iaitu serangga halus berwarna putih yang gemar melekat pada buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap  cecair tubuhan. Antara racun serangga yg digunakan seperti Spirotetramat, Dimethoate, white oil & Malathion


Teritip (Phenacaspis sp) iaitu serangga halus berwarna perang yang gemar melekat pada daun,  buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap  cecair tubuhan. Antara racun serangga yg digunakan seperti Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Spirotetramat, Dimethoate, white oil, abemectin & Malathion. Disyorkan utk menyeburkan cuka kayu terlebih dahulu supaya dpt melembutkan cekerang teritip tersebut


Anai2 & Merong

(Coptotermes Curvignatus) iaitu sejenis semut yg suka menyerang pokok berpenyakit. Antara racun semut yg digunakan seperti Fipronill & Chlorpyrifos


Cacing Nematode menyebabkan akar rosak. Tanda-tandamya iaitu terdapat  bintil pada akar. Rawatan dengan Carbufuran


Bagi serangga yg sukar mati seperti teritip, ulat gulong... Lakukan semburan setiap 3-4hari x 4kali

Rabu, 8 Julai 2020

PENYAKIT DURIAN

Penyakit Utama Tanaman Durian


Musuh tanaman durian (Kulat)


Kanker Batang (Patch Canker) yang disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Racun utk rawatan :- Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil) dan Dimethomorph (Abado). Contoh cara rawatan dengan Injection 20ml dalam setiap 4 lubang dengan larutan Ridomil (2ml) + Air (18ml). Dwi-a.i gabungan Metalaxyl+ Mancozwb (MetalaxylMZ)


Mati rosot anak benih yang disebabkan oleh kulat Phytophthora Palmivora. Biasa menyerang anak benih yang masih di tapak semaian. 

Hawar Phytophthora yg disebabkan oleh kulat Phytophthora Parasitica. Racun untuk mengawal seperti Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil) dan Mancozeb. 

Mati rosot Fusarium yang disebabkan oleh pathogen Fusarium saloni sering mengelirukan para petani durian. Ramai yang menanggap penyakit mati rosot Fusarium adalah  Hawar Phytophthora.

Hawar Phytophthora disebabkan oleh serangan kulat Phytophthora palmivora manakala mati rosot Fusarium disebabkan oleh kulat Fusarium saloni. Sudah pasti perawatan juga tidak tepat apabila puncanya tidak dikatahuai. Serangan kulat Fusarium saloni akan menyebabkan batang atau dahan pokok berwarna coklet atau kehitaman (dark brown) manakala daun pula menjadi kekuningan dan keguguran. Racun kulat yang boleh digunakan untuk kawalan jangkitan kulat Fusarium saloni seperti Nativo 





Reput buah phytophthora yg disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Racun untuk mengawal seperti Fosetyl Alumimium (Aliette) disembur sebelum musim bunga


Kanker akar atau reput akar pythium yg disebabkan oleh kulat Phtyhium vexans. Racun untuk mengawal seperti Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil)


Kanker kulit yg disebabkan oleh kulat cytospora. Pengawal dibuat dengan cuka kayu dan rawat dengan racun kulat seperti Fosetyl Alumimium (Aliette), Metalaxyl (Ridomil). Penyakit ini kurang bahaya berbanding dengan kanker akar dan kanker batang. Tetapi jika tidak dirawat dengan segera ianya boleh memudahkan jangkitan Phytophthora palmivora atau virus perosak

 Akar putih yg disebabkan oleh kulat Rigidiporus lignosus. Racun untuk mengawal seperti Hexaconazole, Triadimefon dan Tridmorph

Hawar pucuk "Chonephora Cucurbitarum" disebabkan oleh kulat amaranthus. Tanda-tanda serangan hampir sama dengan kulat akar putih. Racun yg sesuai utk merawat seperti Tebuconazole-Trifloxistrobin (BM Nativo), Benomyl & hexaconazole

Hawar daun Rhizoctonia yg disebabkan oleh kulat Rhizoctonia Solani. Racun untuk mengawal seperti pencycuron (Monceren), Thiram, Benomyl, Mancozeb, Carbendazim, difenoconazole, hexaconazole

Antraknos daun yg disebabkan oleh kulat Colletorichum gloeosporioides. Racun untuk mengawal seperti Propined (Antracol), Benomyl, Carbendazim, Mancozeb atau Maneb

Kulat Rhizomorph yg boleh merosakan bahagian organ tumbuhan. Dahan yang dijangkiti boleh mereput dan pucuk mati. Jangkitan kulat ini boleh dikawal dengan racun seperti copper hydroxide atau  hexaconazole. Nak senang boleh juga gunakan Luna



Bintik daun yg disebabkan oleh kulat Phomopsis durionis. Racun untuk mengawal seperti Copper hydroxide, Copper oxychloride, Benomyl, Carbendazim, Mancozeb,Captan, Maneb atau propined

Cendawan angin atau kulat Mayah yg disebabkan oleh kulat Corticium salmonicolor. Racun untuk mengawal seperti Copper hydroxide, Copper oxychloride, Metalaxyl, Benomyl, Carbendazim atau tridemorph



Kulat Baldu yg disebabkan oleh kulat Septobasidium sp. Kulat ini tidak berbahaya kepada pokok durian malah memberi kebaikan kerana boleh menghidari perasit lain yg berbahaya kpd durian.


AWAS - Jangan campurkan racun Fosetyl Alumimium (Aliette) dan Metalaxyl (Ridomil)  dengan Foliar atau racun serangga yg lain. Bacuh secara tunggal. Elakan membuat koktail racun (mencampur lebih drpd 3jenis dlm satu bancuhan). 

AMARAN KERAS - Jangan menggunakan racun yang sama melebihi dua pusingan perawatan bagi mengelakan kekebalan penyakit terhadap racun. Ikut panduan group FRAC  (Fungicide Resistance Action Committee).