Isnin, 13 Julai 2020

BUAH BURUK2

 BUAH DURIAN BERULAT


Buah yang buruk dan berulat sangat merugikan pekebun durian. Ulat ini adalah larva dari induk buyah Mudaria.ssp atau buyah Conogethes Punctiferalis.



 


Buyah (kupu-kupu) ini aktif di sebelah petang hingga awal malam. Kawalan buyah hendaklah bermula dari fasa pembungaan lagi. Induk buyah akan  bertelur pada bunga/putik buah seterusnya membentuk larva atau ulat. Setelah menetas ulat ini akan mengorek dinding buah yang masih lembut dan mendiami didalam buah tersebut hingga dewasa.

 

Kawalan secara kampungan paling mudah dan murah ialah membuat asap setiap hari. Hidupkan api di awal petang bagi menghalau induk buyah. Kita boleh guna sampah daun di dalam dusun atau guna kulit kelapa, tandan sawit dll. Jangan kuatir sebab asap ini tidak menghalang kelawar yg datang membuat pendebungan.

Cara lain iaitu dengan membuat perangkap lampu untuk menarik perhatian induk buyah. Lampu bercahaya kuning (warm light) lebih efektif menarik induk buyah berbanding warna putih (cool light).

 

Kawalan kimia juga boleh dilakukan dengan memyeburkan racun serangga  seperti Karate, Alika Zc, Voliam Flexi atau  Colam Zc. 

Voliam Flexi

Thiamethoxam (17.54%) Chlorantraniliprole (8.77%)


Alika Zc atau Colam Zc

Thiamethoxam (12.6%)
Lambda Cyhalothrin (9.5


Sembur racun serangga seperti di atas pada hari ke-10 dan hari ke-40. Juga digalakkan untuk menyembur foliar Kalsium supaya mengukuhkan sel-sel dinding buah.


Peringatan: JANGAN guna FURADAN. 

Bagi buah yang masak tapi berulat. Jangan dibuang begitu sahaja. Buah tersebut harus dikumpulkan dan dilupuskan dengan sempurna.  Maksudnya - Kuburkan dlm tanah, bakar atau sembur dengan racun serangga.


Posting ini hanya sebagai panduan asas kepada pemula. Gambar yg digunakan diambil dr media maya sebagai rujukan supaya lebih mudah difahami. Harap ada perkongsiaan kasih dari otai yg lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan