BUAH BURUK
Mari kita kupasan kejadian Muai Kubû atau Jerok Hantu atau Buang Buruk.
Biasa dialami semasa awal musim buah terutama jika terjadi hujan lebat. Boleh juga terjadi jika pokok diserang oleh makhluk perosak atau kulat. Dalam gambar dibawah nanti anda boleh bezakan buah kubü akibat kekurangan zat, terjangkit kulat Phytopthora Palmivora dan kulat Lasiodiplodia Theobromae juga buah yang ditebuk ulat.
Kita bicara lebih lanjut mengapa kejadian ini terjadi.
Borneo mengalami musim hujan yang panjang. Semasa musim hujan unsur kalsium yang diserap oleh pokok mungkin tidak mencukupi. Tanda kekurang unsur kalsium biasanya dapat dikesan pada bahagian bawah buah. Buah akan buruk dibahagian bawahnya terlebih dahulu (End rot) dan mungkin merekah serta isinya mengkal.
Manakala bagi buah yang dijangkiti oleh jamur (Phytophthora palmivora atau Lasiodiplodia Theobromae) buah akan buruk sama ada dibahagian atas/bawah/tepi. Kulit buah akan kelihatan lebam berair terlebih dahulu sebelum membusuk.
Gambar di atas adalah tanda2 pada bahagia luar buah yang rosak akibat Phytophthora palmivora. Bahagian dalam seperti gambar dibawah.
Musim durian sudah dipenghujung tetapi buah tidak gugur walaupun sudah merekah di atas pokok. Biasanya buah seperti ini mengalami masalah ketidak seimbangan nutrient contohnya terlebih unsur Ca dan P yang menyebabkan tangkai buah terlalu besar dan kukuh.
Buah musim lalu banyak yg bermasalah tetapi selepas diberikan Dolomite ternyata musim ini buahnya cantik. Gambar buah milik peserta kursus dari puncak Borneo
Bagaimana mengurangkan masalah buah buruk.
1. Bekalkan secukupnya unsur nutrien sesuai dengan fasa dan cuaca. Terutama unsur potassium (K) dan kalsium (Ca)
2. Amalkan sistem pengurusan kebun yg baik, ini bagi mengelakan masalah yg sama terjadi di musim yang akan datang.
- Hapuskan perumah penyakit
- Sediakan sistem saliran yg baik
- Pastikan pH tanah bersesuaian iaitu dalam nilai 5.5-6.5
- Amalkan penggunaan racun kimia dengan bijak iaitu secara bergilir a.i bagi mengelakan kekebalan musuh tanaman
- Kumpulkan buah yg rosak di satu tempat yg jauh dan lupuskan dengan cara seperti membakar, mengubur atau sembur dengan racun
- Lakukan sekurang2nya 2 kali rawatan jamur Phytophthora iaitu sebelum musim pokok berbunga dan diawal musim buah (saiz buah sebesar bola tenis). Boleh guna Fosetyl Alumimium, Metalaxyl, Dimethomorph atau kawalan secara organik menggunakan Trichoderma dll.
Jangan menyembur racun kimia pada buah yang hampir matang. Anda boleh menggunakan bahan alami seperti Cuka Kayu.
Video: Bagaimana Redomil bertindak melindungi tanaman anda.
Gambar yg digunakan dlm penerangan ini diperolehi dari sumber google dan Facebook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan