Musuh Utama Tanaman Durian
Musuh tanaman durian (Serangga dan haiwan perosak)
Kumbang Pemakan daun (Apogonia dan Adoretus ssp) menyebabkan daun berlubang2. Antara racun serangga yg digunakan seperti Deltamethrin & Chlorpyrifos
Ambrosia
Kumbang Pengorek batang (Synanthedon sp) dan (Platypus Cupulatus) menyerang bahagian kulit yang biasanya ada dijangkiti oleh penyakit kenker batang ( Phytophthora palmivora ). Antara racun serangga yg digunakan racun dimethoate, Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Prevathon + endure
Cicandas
Koya (Pseudococcus sp) iaitu serangga halus berwarna putih yang gemar melekat pada buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yg digunakan seperti Spirotetramat, Dimethoate, white oil & Malathion
Teritip (Phenacaspis sp) iaitu serangga halus berwarna perang yang gemar melekat pada daun, buah dan dahan pokok. Ianya suka menghisap cecair tubuhan. Antara racun serangga yg digunakan seperti Colam ZC (Lambda Cyhalothrin + Thiamethoxam), Spirotetramat, Dimethoate, white oil, abemectin & Malathion. Disyorkan utk menyeburkan cuka kayu terlebih dahulu supaya dpt melembutkan cekerang teritip tersebut
Anai2 & Merong
(Coptotermes Curvignatus) iaitu sejenis semut yg suka menyerang pokok berpenyakit. Antara racun semut yg digunakan seperti Fipronill & Chlorpyrifos
Cacing Nematode menyebabkan akar rosak. Tanda-tandamya iaitu terdapat bintil pada akar. Rawatan dengan Carbufuran
Bagi serangga yg sukar mati seperti teritip, ulat gulong... Lakukan semburan setiap 3-4hari x 4kali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan