Selasa, 28 Julai 2020

Durian Kampung Unggul

Memilih durian kampung untuk diangkat sebagai baka durian unggul bukan suatu yang mudah. Semasa kita membuat risikan, ramai yang mengatakan mereka memiliki durian hebat tetapi bila kita membuat penelitian hanya sedikit sahaja yg memenuhi ciri-ciri durian unggulan. Banyak faktor yg perlu diambil kira seperti.

1. Rasa, tekstur, aroma, warna dan ketebalan isi

2. Saiz, warna dan ketebalan kulit buah

3. Konsisten berbuah lebat, penyesuaian iklim dan tahan penyakit.

Senarai Durian kampung dari Malaydia yang diangkat menjadi durian klon unggul hingga ke peringkat dunia.

1. Durian Raja Kunyit dari Tanam Merah Kelantan didaftarkan dengan kod D197 dan di jenama semula sebagai Musang King

2. Durian Hjh. Hasman yg juga dikenali sebagai durian IOI atau di Sarawak lebih popular dengan nama Johor Mas. Didaftarkan demgan kod D168

3. Isu Kuab sempena nama asalnya dari kpg Kuab adalah Isu pertama didaftarkan dengan jabatan pertanian Malaysia dengan kod pendaftaran DQ1. Kod DG25 digunakan dalam pendendaftaran dengan jabatan pertanian Sarawak

4. Suluk 2 klon durian hibrid semulajadi antara species durio Zibethinus dan durio Graveolens 

Negara jiran kita juga banyak membuat penelitian durian unggul dari jaguh kampung melalui pertandingan durian seperti durian Djarum Mas, Raja Udang, Terong dll

 


Rasa itu subjektif. Sedap bagi saya belum tentu sedap bagi anda. Meskipun sebelum dapat merasa, kebanyakan orang akan menikmati durian dengan matanya. Ramai yang tertarik setelah kerana warna isi durian tersebut. Ciri2 warna isi yang menjadi tarikan selalunya berwarna kuning keemasan, kuning jingga, kemerahan. 


Panduan warna durian mengikut varieti 



Durian yang lemak dan sedikit pahit menjadi pilihan utama saya. Selain itu isinya hendaklah sederhana tebal lembut, kering dan tidak berserabut. 

Kemanisan antara ciri-ciri yang harus kita ambil kira. Kebanyakan durian unggul memiliki tahap kemanisan melebihi 30brix. Bagi kita Malaysia dan China level kemanisan yang digemari adalah seperti berikut.


17 < Poor > 21

22 < Avg > 31

32 < Good > 46


Musang King : 39-44 Brix

XO : 33 - 36 Brix

Tekka : 31 - 34 Brix

Monthong : 26 - 28 Brix

Buah durian terdiri daripada kulit, pulp dan biji. Durian unggul seharusnya bersaiz sederhana dengan berat antara 1.8-3.6kg sebiji. Katakan purata durian bersaiz 2kg, setengah daripada berat ini adalah kulit. Durian seperti musang king mempunyai banyak biji yang kesep menajadikan bahagian yg boleh dimakan melebihi 33%. Cateria dalam pencalonan pemilihan durian unggul isinya hendaklah cukup tebal dan tidak kurang daripada 22% daripada berat buah. Biji kesep adalah suatu kelebihan dan ketebalan kulit harus sederhana iaitu 13-17mm. Ketebalan kulit tidak terlalu nipis mahupun tebal, kulit nipis dikuatiri boleh menyebabkan mutu buah tidak baik dan mudah merekah. Ketebalan kulit dipengaruhi oleh sifat genetik dan pembajaan.

Biji kesep >22% daripada TW


Ketebalan kulit 13-17mm

Faktor yang menpengaruhi kualiti durian.

- Warisan genatik (spesis & varieti)
- Pembajaan dan penjagaan
- Kandungan galian setempat
- Cuaca semasa
- Iklim
- Keserasian rootstock


Kajian beberapa pakar dari segi iklim, lahan di kedudukan longitude (garisan bujur bumi) 3-6° menghasilkan buah yang lebih manis dan beraroma berbanding durian yg ke sebelah selatan atau utara. Lahan lebih 6° lebih sesuai kpd varieti saiz besar yg dimakan secara mentah seperti Monthong.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MAKAN DURIAN? 

Kandungan dan kesan durian kepada kesihatan manusia

a. Durian kaya bahan asid amino tryptophan - Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur). 

b. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob dan melindungi jantung.  

c. Jika kita makan 100 g durian, kandungan kalorinya adalah 147 berbanding nasi - 151

d. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis. Namun, peratus penurunan gula darah oleh kulit durian lebih rendah berbanding glibenklamid (‘ubat’ hospital) 

f. Ada kajian menunjukkan makan isi durian pada kadar tinggi boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Justeru makan ikut kadarnya 

g. Durian kaya potassium. Kandungan potassium dalam isi durian adalah 426 mg dalam 100g isi durian. Justeru untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, dinasihatkan jangan makan berlebihan
 
h. Elak makan durian bersama paracetamol. Ini kerana dikhuatiri boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak dan ia mungkin mendatangkan kesan toksik.

i. Durian juga tidak boleh dimakan bersama-sama minuman alkohol. Kes klinikal menunjukkan seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, memakan buah durian bersama tapai sebaiknya dielakkan. 

Justeru makanlah durian ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul 

Rujukan dari seorang Principal Scientist Malaysia Dr.SuriRoowi Ph.D KMN


Aktiviti Durian Hunters

Antara aktiviti yang kami jalankan untuk mengumpulkan durian kampung unggul. 

1. Mendidik masyarakat desa yg memiliki durian asal membiakan baka unggul setempat

2. Mengadakan pertandingan buah durian unggul

3. Berkerjasama dengan jabatan pertanian tempatan untuk merisik durian 

Kursus Cantuman Durian group kpg Stass Bau

Pertandingan durian antara penduduk setempat

Berkerjasama dengan jabatan pertanian bagi memberi semangat kepada masyarakat setempat. Kursus Rehab (Pemulihan durian kampung yang berpotensi) 

Antara kejayaan program Rehab. Meningkatkan kualiti hasil seperti dalam gambar dibawah. Pokok milik saudara Abg Kamarul yang dulunya buah isi kuning pucat dan kini menjadi kuning kunyit selepas melalui perawatan khas.


Durian Mok Wok (Ganu) milik saudara Pie Dass yang telah memenangi pertandingan durian kpg premium peringkat Daerah tahun 2000 dan negeri pada tahun 2021. Durian Ganu menjadi kebanggan saya kerana suatu ketika dahulu (sebelum pokok popular) saya telah memilikinya. Pokok induknya perlu diselamatkan kerana sekah hampir sampai ke pangkal. Pokok induk Mok Wok terletak di kuala Nerus Terangganu



Mengapa Menanam Durian

MENGAPA ANDA MENANAM DURIAN

Durian merupakan buah yang sangat digemari dan paling popular di Asia Tengara. Di Borneo durian biasanya dimakan segar dan boleh dimasak sebagai lauk, tempoyak, jem, aiskrim, dodol dan produk makanan yang lain. Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku menggunakan teknologi Nitrogen cecair.


Dibawah ini adalah ketegori orang yang menanam durian mengikut kemahuan masing2.

- Penanaman untuk komersial
- Penanaman untuk kendiri
- Penanaman untuk koleksi
- Penanaman untuk RnD
- Penanaman untuk diwarisi


Komersial

# Durian yg bermutu tinggi yg byk permintaan oleh masyarakat. Biasanya yg dipilih adalah durian klon unggul seperti Musang King, Ochee, Kanyou, Djarum Mas dll

# Di budidayakan secara besar-besaran dengan sistem yg teratur


Sendiri Makan

# Durian yg diminati oleh pemiliknya. Biasanya ditanam secara kecil-kecilan di kebun campur atau dihalaman rumah


Koleksi

# Durian yg memiliki ciri2 unik dikumpulkan oleh peminatnya. Biasanya ini dilakukan oleh durian hunter. Ada yg memiliki ratusan veriati durian di dusunnya. Contoh koleksi sahabat saya - Durian kerantongan, durian kura-kura, durian, isi merah, durian duri merah, durian daun, durian botak, durian burung dll


Sahabat-sahabat dari seluruh Malaysia yang aktif mengumpulkan durian kampung premium


RnD

Aktiviti Research and development ini biasanya dilakukan oleh badan tertentu untuk meningkatkan produktiviti durian masa depan. Contoh MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) yg telah menghasilkan veriati MDUR 88 dll


Warisan

Ditanam sebagai warisan untuk cucu-cicit. dijadikan sebagai pengikat silaturahim dan tanda memiliki suatu tempat. Contohnya tembawai atau PNG

Adik-beradik dan keluarga masing-masing berkumpul semasa musim buah durian. Durian Junggur 



SPECIES DURIO

Terdapat kira-kira 30 spesies Durio yang sudah ditemuai, walaubagaimanapun hanya 11 spesis setakat ini telah dikenal pasti untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan. Terdapat banyak spesies yang mana buahnya tidak pernah dikumpulkan atau digambarkan dengan betul dan kemungkinan ada spesies lain yang boleh dimakan juga. 

Pengelasan saintifiks

Alam: Tumbuhan

Klad: Angiosperms

Klad: Eudikot

Klad: Rosids

Order: Malvales

Keluarga: Malvaceae

Subkeluarga: Helicteroideae

Tribus: Durioneae

Genus: Durio



1. Durio Zibethinus

Durian ini adalah satu2nya yang telah dijadikan durian komersial. Dipasarkan keseluruh dunia. Durio zibethinus yang sangat terkenal adakah seperti durian monthong, musang king, Djarum mas, dll


2. Durio Dulcis

Durio dulcis juga dikenali sebagai durian marangang (merangang), durian merah, kusik, tutong atau lahong. Pokoknya besar dan boleh mencapai ketinggian 40 meter. Kulit buahnya berwarna merah kehitaman. Isi daging buahnya kuning pekat dan rasa sangat manis. Mempunyai bau yang sangat kuat. 


3. Durio Grandiflorus

Durio grandiflorus juga dikenali sebagai durian munjit yang terdapat dikepulauan Borneo. Pokoknya besar boleh mencapai ketinggian 30meter. Isi buahnya berwarna kuning


4. Durio Graveolens

Pelbagai jenis dan warna. Diantaranya ada yg dikenali sebagai durian isu, durian burung, durian kuning, durian merah, durian otak udang galah, tabelak, kiawit atau durian isi merah. Ia adalah pokok yang besar setinggi 50 m (160 ft). Sekam buahnya berwarna jingga kekuningan, dilitupi dengan duri piramida sepanjang 1 cm (0.4 in). Isi buahnya yang berwarna merah lembayung berbau seperti badam panggang.

Terdapat D. graveolens yang buahnya tidak pandai jatuh sendiri apabila baru masak. Jenis ini dipanggil durian Marahang atau Kolumanggang 

D. graveolens serupa dengan D. dulcis tetapi buahnya terbuka semasa ia masih di atas pokok dan mempunyai isi merah gelap, sedangkan buah D. dulcis jatuh tidak terbuka dan mempunyai isi kuning gelap. 

Terdapat durian hibrid semulajadi antara D. graveolens dan D. zibethinus seperti durian suluk, mungkom, sibatang..ianya mengekalkan rasa dan tekstur D. zibethinus. Durian suluk terdapat banyak di kawasan tengah Borneo, ianya juga dikenali sebagai durian siunggong.

Di Malaya juga terdapat durian hibrid semulajadi seperti durian Sempa. Ianya berperisa ringan, berisi kuning


5. Durio Kutejensis  

Dikenali sebagai pekkan, pakon, pantan, ukak, nyekak, lai, kiawit, pekawai, ruas, pulu, sekawi, tinggang, papaken. Terdapat banyak di kws tengah borneo. Pokok sedarhana besar dengan ketinggian sekitar 30meter. Buahnya yang masak rasa manis dan tidak mempunyai bau yang kuat. DQ2 adalah klon yg telah didaftarkan dgn jabatan Pertanian Sarawak


6. Durio Lowianus

Dikenali sebagai durian daun atau sempa dan popular dengan panggilan durian bunga merah. Ia adalah pokok besar sehingga 50 meter tinggi, mempunyai bunga merah dan memanjang. Buah berbentuk bujurnya mengandungi isi kuning. Ada beberapa varieti D. Lowianus  yang popular dan dikomersialkan seperti L13

 

7. Durio Macrantha

Durio macrantha, adalah durian yang ditemukan oleh Mr. H. Rijksen di Taman Nasional Gunung Leuser Sumatra Utara, pada tahun 1981. Di tempat asalnya durian ini dikenal dgn nama 

Durian Dok, Tukoi. Pohon Durio macrantha berbatang bulat lurus, berkulit halus, tinggi sama seperti pohon durian lainnya. Daun panjang-lonjong. Bunga keluar selama 3 bulan dengan sangat banyak dan besar-besar, tapi yang menjadi buah hanya sekitar 30 buah sahaja.


8. Durio Oxleyanus 

Dikenali sebagai durian sukang, durian beludu, maksarap, aji, tupolo,Rawon, mangkaak, kombirilan, isu taik anak/ kerontangan / kertongan. Isu rian dan isu taik anak adalah spesis bebeza. Ia adalah pokok yang cukup besar sehingga 40 m tinggi. Ia menghasilkan buah-buahan kecil, bulat, hijau-abu-abu dengan duri piramida yang besar, keras, dan melengkung. Dagingnya berwarna kuning, halus dan manis. 


9. Durio Testudinarum 

Dikenali sebagai durian kura-kura. Saiz pokok yang medium setinggi 25 m. Spesies pendebungaan sendiri, buahnya melekat pada pangkal pohon dan akar utama yg timbul dipermukaan tanah. Kayunya keras manakala buahnya berwarna hijau dan isi buahnya kuning pucat rasa tawar. Terdapat 3 lagi durio yg berbuah d pangkal pohon seperti ini iaitu durio pinangianus, durio johoricus dan durio malaccensis.


10. Durio Kinabalunensis

Durian ini hidup d banjaran crocker dan gunung kinabalu. Boleh hidup pada kawasan tanah berketinggian 4500 kaki dr paras laut.  menjadikannya satu-satunya spesis durian yg boleh hidup di tanah tinggi. Saiz buah agak kecil iaitu sekitar 300-500g sebiji. 


11. Durio Exelcus

Dikenali juga sebagai durian Apun


Panduan tanaman tentang durian hanya untuk pengatahuan Am


Lokasi penanaman pokok durian ( Altitude meter ASL)

# Hidup subur 5-250m dpl

# Berbuah lebat 150-600m dpl

# Berbuah sederhana 600-900m dpl

# Spesis tanah tinggi Durio kinabaluensis boleh hidup pada altitude melebihi 1000m dpl

# ketinggian / altitude mempengaruhi suhu. Sel pokok durian akan mula rosak bila suhu bawah  8°C

# Suhu subur 24-32°C

# Suhu pendebungaan 17-30°C

# Suhu pendebungaan terbaik 19-25°C

# Suhu bunga rosak bawah 15-17 °C





Lubang tanaman


PENYEDIAAN LUBANG TANAMAN

Perlukah kita buat lubang penanaman sedalam ini. Kredit kepada tn. Rosli Hassan atas gambar rujukan ini.

 

Mengapa nak buat dalam?
Akar leteral yang menjadi induk kepada akar rerambut ianya bergerak ke arah horizontal dan tidak pergi terlalu dalam. Kebanyakan akar leteral durian berada pada kedalaman sekitar 0-45cm dari permukaan tanah. Satu yang orang tidak sedar iaitu pokok bernafas dari akar. Akar rerambut berfungsi untuk mencari nutrient, air dan bernafas yang banyak dipermukaan tanah. Kalau terlalu dalam dia tak boleh sedut udara (oksigen) dengan optima kerana semangkin dalam semangkin kurang kandungan oksigen.  

Dua faktor yang amat penting dan mesti diambil kira semasa membuat lubang tanaman iaitu pengudaraan & pengairan/saliran. Kalau tanah keras pembinaan lubang penanaman hendaklah lebih besar dan kedalaman tengah lubang boleh dibuat lebih 1.5meter. Kedalaman tidak berapa kritikal tapi yang lebih penting adalah kelebaran lubang tanaman tersebut.  Menanam durian dilahan tanah keras adalah digalakan untuk membinaan sistem busut bersaiz sehingga  4-6meter lebar. Kestabilan pokok juga perlu dikawal dengan menghadkan ketinggian kira-kira 8meter. Penanaman secara berkembar mungkin boleh dipertimbangkan oleh petani durian.

Bina busut bersesuaian dengan keadaan. Bagi lahan yang tidak pernah mengalami sejarah berlakunya banjir. Bina busut dengan ketinggian cadangan 45-80cm,  Jika sumber air anda terhad jangan, bina busut terlampau tinggiManakala penanaman ditanah berbukit pada pendapat saya tak perlu buat lubang terlalu dalam dan tak perlu buat busut tinggi kecuali tanah tu memang keras.

Ada beberapa inovasi untuk membuahkan durian diluar musim, mareka pembinaan busut sehingga 2meter tinggi. Membuahkan durian diluar musim boleh dilakukan dengan mudah jika kebun tersebut mempunyai sistem penyiraman yang lengkap. Pokok durian boleh diaruh untuk berbunga awal iaitu 1-2bulan awal dari musim alami.

Tanah liat adalah kawasan tanah yang sangat rumit untuk menanam durian. Strukktur tanahnya padat dan sering menghadapi masalah pengairan / waterlogged.


Teknik Tanaman Berbusut sesuai untuk tanah rata bagi mengurangkan masalah akar busuk akibat waterlogged. 


Busut boleh dibuat lebih 2 meter tinggi daripada watertable jika kawasan tersebut pernah mempunyai sejarah banjir. Jika kawasan bebas banjir hanya perlu buat busut rendah 45-80cm tapi lebarnya buat seberapa besar yang anda boleh, biasa orang buat 2meter tapi saya syorkan 4-6 meter.



Bagi tanah rata. disyorkan buat satu lubang pertama dengan saiz 1m x 1m dangan kedalaman lebih 1.5meter dan biarkan semalaman. Tujuan membuat lubang adalah untuk mengukur watertable, sebaikknya lubang dibuat 3-5hari selepas hujan turun.

Nak buat busut atau tak itu tiada masalah jika akar durian tidak terendam lama dlm air (waterlogged) dan senang menyerap oksigen. Bagi pertumbuhan yang maksima paling penting akar durian sihat.

Setiap teknik ada keistimewaan dan kelebihan. Mengikut tempat, jenis tanaman dan kehendak pekebun. Sumber kewangan juga perlu diambil kira. Alasan2 mengapa orang membuat busut.

Contohnya.

Pembuatan busut mungkin di lahan yg watertable tinggi atau kerap banjir. Ada juga yg membuat busut sebab tanah di lahannya keras hingga akar susah berkembang dan kadar pengairan/ pengudaraan yang lemah. Ada juga yg membuat busut kerana ingin membuat aruhan awal supaya musim buah di kebunnya lebih awal dari musim normal... Banyak lagi alasan.

Tapi kalau nak buat busut kita harus ada sistem penyiraman. Tanpa sistem penyiraman dan bekalan air yg cukup... Bencana akan datang. Pokok mati bila sedikit kemarau.

Langkah seterusnya adalah pemasaran. Saya percaya jika  anda memilih untuk menanam durian lebih dari 15 pokok.... Tujuan anda adalah untuk buat kebun komersial. Pasaran lokal memang sudah tepu. Jadi pergilah ke pasaran luar nagara yg masih terbuka. Pahami syarat2 pengeksportan hasil pertanian. Sediakan diri dengan ilmu dan dapatkan persijilan2 seperti MyGAP.


Pastikan durian ditanam dengan jarak yang beraesuaian iaitu perlu ambil kira faktor keselamatan dan kesejehteraan jiran. Elak menanaam terlalu dekat dengan harta-benda jiran atau garisan sempadan. 

Saya tak mahu jika jiran ada tanam pokok terlalu dekat dengan garisan sempadan. Lebih2 lagi pokok yang tinggi... Mengapa
1. Melindung cahaya tanaman saya
2. Daun tua yang gugur jatuh masuk takongan air dan menyumbat pump air di tangki stok air saya 
3. Akar durian masuk ke kawasan tanah saya dan mencuri baja yg saya bagi kepada tanaman
4. Buah durian jiran yg berada didahan panjang jatuh terkena pondok/reban ayam saya. Walaupun rumah ayam tetapi duit juga utk upah orang repair dan beli paku

Gambar dibawah saya ambil dari sumber harian Metro. Gambar rumah yg dihempap dahan durian yang ditanam 45 kaki dari rumah (15kaki dari pagar) jiran.

Di kampung saya durian yang tingginya 35-40m (100-130kaki) itu biasa kita jumpa. Malah ada yg 45-55meter

Isnin, 27 Julai 2020

Pemangkasan durian

Topik yg akan dibincangkan (masih dikemaskini)

1. Tujuan pemangkasan

2. Teknik pemangkasan

Tujuan pemangkasan

Pemangkasan pembentukan batang primer (Central leader). Sepohon pokok durian hanya dibiarkan satu batang primer. Pemangkasan pembentukan batang primer dilakukan dari awal penanaman hingga pokok mencapai ketinggian yang kita kehendaki

Pemangkasan pembentukan dahan. Pada peringkat awal pembentukan dahan kita menggunakan kaedah pemangkasan 1-0-0-1. Pada peringkat ini kita perlu memilih dahan produktif yang kukuh supaya membentuk kenopi pohon yang seimbang. Pastikan juga bakal buah pada dahan terendah tidak menyentuh tanah, amalan biasa bagi dahan terendah iaitu 50-80cm dari level tanah bagi LHPT manakala HHPT 1.5-2.5m (pilihan saya 1.8-2.0m)

Pemangkasan perawatan dan penyelangaraan. Pemangkasan perawatan dan penyelangaraan dilakukan apabila pokok sudah matang atau pokok bermasalah. Contohnya prmangkasan tunas air, dahan berpanyakit dan dahan2 tidak produktif





Teknik pemangkasan mempengaruhi jarak tanaman. Panduan jarak penaman ditanah rata. H- Tinggi pokok / D- Jarak antara pokok

H: ›35m / D:16m

H: 25-35m / D:15m

H: 20-25m / D:14m

H: 15-20m / D:12m

H: 11-14m / D:11m

H: 8-10m / D:10m

H: 5-8m / D: 8m


1 pohon 26 cabang

Setiap cabang 2 - 10 butir ( ikut diameter dahan Dan saiz buah)

Self Pruning & Pruning Aturan

Pohon durian melakukan self pruning apabila bahagian tersebut tidak aktif dalam penjanaan makanan. Maksudnya dahan yg terlindung akan tanggal sendiri (mati) secara semulajadi. Hal ini tidak mendatangkan masalah kepada pokok yg ditanam dari biji jika tanpa dipruning. Pokok klon biasanya akan menghadapi masalah dahan tidak seimbang. Pada awal pertumbuhan atau semasa pokok masih kecil ianya seperti tiada masalah , tetapi apabila pokok mencapat usia 4tahun dan lebih kita akan melihat dahan yang tidak seimbang ini menyebabkan pokok menjadi kurang stabil apabila ditiup angin kencang / ribut petir. Dahan dan kanopi setiasa lembap, pengudaran dan cahaya yg tidak cukup ini mengundang jangkitan kulat dan tempat persembunyian hama perosak.  


Pemangkasan awal vs Pemangkasan pokok matang

Pruning harus dilakukan pada awal penanaman. Kelebihanya dimana bekas potongan akan mudah sembuh dan tertutup berbanding dahan besar yg akan menjadi luka terbuka dlm tempoh masa lama. Luka bekas potongan ini perlu ditutupi dengan sealant supaya tidak dijangkiti kulat dan hama. Lambat Pruning juga menyebabkan batang utama terbantut / kecil kerana persaingan dengan cabang2 yang tidak produktif tadi.


Contoh dan teladan dilapanga bagi pokok yang dipruning.


Gambar A adalah pokok yg masih kecil bercabang "Y" dibiarkan sahaja. Pada tahun ke-4 (Gambar B) pokok yang sama akhirnya mengalami masalah sekah semasa ribut petir. 


Gambar C adalah pokok yg tidak pernah dipuring. Banyak cabang yg bersudut tegak dan tidak produktif. Manakala Gambar D adalah pokok yang dipruning dari masa kesemasa. Dahan yang lebih kukuh, mendatar serta seimbang. 





Rabu, 22 Julai 2020

Durian sedia dibuahkan

Usia sudah lanjut baru mempunyai minat dalam pertanian. Ramai yg memilih untuk menanam durian, apa alasanya itu terpulang dengan si penanam. Ada yg merasa tidak berbaloi, kerana durian secara tradisinya mengambil masa lama utk berbuah. Mungkin si penanam tidak sempat utk menuai hasilnya... Saya tidak peduli. Jika saya tidak sempat, anak cucu cicit saya nanti boleh menikmatinya. Sama seperti durian Langkau Tembawai di bukit Tunggal Pantu, Simanggang. Pokoknya ditanam oleh moyang kami sebelum saya lahir. Hanya tiga pokok seakan2 ditanam meniru teknik siam (3 tree planting). Setiap musim 3pokok ini boleh menghasilkan ratusan biji durian.


Jangan takut menanam, lambat lebih baik daripada tidak menanam. Jika umor panjang dalam masa beberapa tahun anda dapat menikmati hasil tangan sendiri. Tidak perlu menanam skala besar 3-5 pokok sudah cukup untuk memenuhi keperluan keluarga dan boleh diwariskan kepada anak cucu anda nanti. Biasanya pokok tanam biji mengambil masa 9-32tahun untuk berbuah. Bergantung dengan cara penjagaan anda dan kesuburan tanah. Bagi pokok kawen biasanya 5 tahun sudah berbuah. Mari kita kupas lebih lanjut kapan pokok kawen bisa berbuah.

Pokok kawen


Pemberian baja buah boleh dimulakan pada peringkat dimana saiz batang durian mencapai 40cm

Kita bagi pada saiz 40cm tapi bukan bermakna hari ini bagi esok terus keluar bunga. Pokok ambil masa utk pembentukan hormon dan tenaga hingga berbulan lamanya. Biasanya mengambil masa 5 bulan (~150hari), dimana pembentukan pucuk mengambil masa kira-kira 100 hari dan kira-kira 42-50hari untuk penggumpulan tenaga (Karbohidrat @ glukosa).



Bila tenaga dah cukup dan hormon dah terbentuk. Pokok akan berbunga apabila C:N ratio melebihi nisbah 20.

C:N 18 (D93, D99 dll)

C:N 19 (D168, D198 & D200)

C:N 20 (D160 & 197)

Karbon (C) dihasilkan semasa fotosintesis. Yg mana proses ini terjadi di daun tanaman tersebut dengan bantua klorofil. Kepekatan klorofil boleh di ukur dengan alat khas dan fotosintesis terjadi secara maksima semasa index klorofil berkepekatan melebihi 60. Jika kita tiada alat ukur kita boleh melihat bahawa daun nya cukup matang dan hijau gelap. Usia pucuk kira2 100hari.


Bagaimana nak tingkatkan C:N ratio?

Hanya utk pokok yg di cantum. Pokok tanam biji mengambil masa yg lebih lama sehingga selesai fasa vegetatif.


Pokok sedia dibuahkan apabila saiz ukurlilit mencapai 60cm (ikut variati 60-75cm). 

Jumlah buah perlu mengikut kesesuaian pokok. Bunga musim pertama boleh dibuang atau ditinggalkan 1-3 biji sahaja. Jgn d paksa pokok kecil buah sampai 20biji.

Tempoh buah matang

Satu kitaran musim durian mengambil masa 330hari dimana 145-180hari dari peringkat bunga hingga buahnya masak gugur. Peringkat pemulihan dari buah gugur (hujung musim) hingga daun berpucuk muda lalu matang mengambil masa ~150hari. Tempoh ini bergantung kpd varieti dan cuaca. 

Tempoh pembentukan buah dari bunga mekar hingga masak gugur. Durian klon seperti Kop kecil mengambil masa kira-kira 90-95 hari. Varieti lain pula mengambil tempoh seperti Musang King (100-110hari), Duri hitam (115-125 hari), Kanyou (120-130hari) mana Monthong memerlukan tempoh lebih panjang iaitu 135-145hari.

Durian Rehab

Rehabilitasi Durian Tembawai



Pengurusan ladang durian dewasa 

Menjaga durian dewasa tidaklah serumit menjaga durian kecil sebab pokok sudah besar dan stabil. Antara asas yang dijalankan seperti;

- Mencantas dahan yang mati, sakit atau tunas air

- Membersihkan pokok lain yang tumbuh semulajadi dan tidak berguna

- Merawat tanah dengan mengapur, menyukup (mulching), menimbus dan memaritan

- Membersihkan pokok tumpang seperti duit-duit, ara, rajang (pakis), orkid dan lumut

- Merawat kulat terutama Phytophthora, Pythium, Rigidiporus lignosus, Rhizoctonia, Colletorichum, Phomopsis durionis dan Corticium salmonicolor.

- Memantau dan merawat kerosakan kecederaan akibat haiwan, serangga atau kuasa alam (Contoh:- kulit batang dimakan tupai, ditebuk ulat & anai-anai, batang sekah/patah dll


PROGRAM PEMBAJAAN & KAWALAN PENYAKIT

Program pembajaan dan kawalan penyakit biasanya dilakukan mengikut peringkat pembuahan. Baja boleh diberikan 3-5 kali iaitu pada peringkat (Vegetative - Flower - Fruit - Replenish)

Vegetative 1 (Pucuk Muda)

- Penyiraman penuh

- Pembajaan kesuburan (Baja2) + Foliar subur


Vegetative 2 (Pucuk Matang)

- Penyiraman penuh

- Lakukan pemangkasan bila pucuk sudah matang 

- Pembajaan pematangan (Baja3) + Foliar buah


Flowering

- Penyiraman terkawal

- Pembajaan aruhan menggunaan MKP (Baja4) selepas 2-3minggu kemarau. Atau tambah unsur Mn dan Zn.

- Foliar K, Ca, B dan Cu untuk menguatkan bunga dan penting dalam proses pendebungaan

- Meningkat/ Kawal ratio C:N 

- Elakan pucuk keluar. Terutama bila berlaku hujan. Halang penyerapan N dan P dari peringkat bunga hingga buah stabil

- Pendebungaan manual boleh diusahakan bagi meningkatkan kejayaan pendebungaan.

- Kekalkan pH tanah pada julat 6.8 selepas keluar mata ketam sehingga pembentukan buah

Fruit

- Penyiraman penuh (pembentukan)

- Penjarangan buah

- Pembajaan buah (Baja-5)

- Semburan folia Special-K, Ca, Mg, S, Zn, Cu dan N

- Kekalkan pH tanah pada julat 6.2-6.5 dari saiz ping pong

- Pasang Jaring/ikat buah

- kawal penyiraman 2 minggu sebelum buah masak


Replenish

- Pemulihan tanah dgn  pengapuran, pembajaan organik (Baja1) dll

- Pemulihan pokok dengan perawatan penyakit seperti kanker, anai2 dll

- Penyeburan Amino (Mudah serap)











Contoh baja

Baja 1 - Kompos atau tinja ayam yang sudah di peram dengan EM

Baja 2 - Baja subur seperti NPK 15:15:15 atau sepadan

Baja 3 - Baja buah seperti NPK 12:12:17 atau 10:18:24 atau 12:12:36

Baja 4 - Baja tanpa N seperti MKP 0:52:34 (Boleh diabaikkan)

Baja 5 - Baja buah seperti NPK 15:3:20 atau 12:6:24 dll


Nisbah Baja NPK bagi setiap stage Durian 

Tanaman

Stage

N

P

K

Mg

Ca

S

Zn

B

Te

Durian

1

2

2

1

0.2

1

0.2

 

ü

ü

4kg

2

1

1

0.2

1

0.2

 

ü

ü

4kg

2

1.5

1

2

1

1.5

1

 

ü

ü

4-6Kg

3

û / 1

3

3

1

1

0.5

ü

ü

ü

4kg

4

1.5

1

3

0.5

2

1

 

ü

ü

4-6kg

5

2

1

3

0.2

 

1

 

 

ü

20-40Kg

6

1

1

1

0.2

0.3

0.2

 

 

 

 

Keperluan nutrient pada stage 4 bagi pokok matang usia kita-kira 10 tahun

Nutrient

N

P

K

Mg

Ca

S

Zn

B

Te

Peringkat Pembentukan Buah

4.0Kg

1.5

1

3

0.2

2

1

 

ü

ü

Kehilangan melalui buah

Kg/ Tone

2.3-2.4

0.3-0.4

3.8-4.2

0.5

0.3

 

 

 

 

Kandungan daun

% /kg

13.7

18.1

20.8

23.5

18.1

17.7

 

 

 

 

Stage

1 – Penanaman / Selepas Musim

2 – Durian Matang

3 – Persedian berbunga

4 – Pembentukan Berbuah 

5 – Pengisian Buah x2

6 - Hujung Musim (Organik)

Special condition

- Apabila durian sedang pengisian buah. Terdapat bunga juga keluar. Pada masa ini ratio baja yang digunakan haruslah 1:1:3. Pada peringkat 3-5 baja yang rendah kandungan unsur Cl wajib digunakan. Pilihan terbaik adalah baja SOP based.

- Apabila berlaku hujan sebelum buah stabil (< 8minggu selepas Anthesis). Penyemburan menggunakan foliar tinggi K seperti potassium nitrate perlu dilakukan dengan sukatan 150-200g/20L air terus ke pucuk. Tujuannya supaya pucuk baru tidak keluar. Begitu juga  kalsium dan boron disembur langsung ke tangkai buah bagi menguatkan tangkai dan mengelakan buah gugur.


PEMBAJAAN DI ZON HUJAN 

Pokok durian yang hidup di zon kerap hujan program pembajaan mungkin berbeza. 

Banyak pandangan2 pakar durian mengatakan, selepas musim perlu bagi baja organik Tinja Ayam/Kompos dahulu. Ramai juga yang syorkan baja subur seperti 15:15:15. 

Ada 3 jenis formula baja ini. Mana pilihan anda.

- 1:1:1 (Contoh 15:15:15)

- 2:1:1 (Contoh 20:10:10)

- 1:1:2 (Contoh 15:15:20)


Bagi saya jika dikawasaan zon hujan, kita perlu lihat keadaan pokok. Saya tertarik dengan cadangan seorang sahabat yang juga pegawai pertanian tempatan menyarankan terus bagi baja 12:12:17. Kalau pokok kurang sihat bagi baja subur atau semi-organik seperti Soyafish 8:8:8

Pokok berbuah kerana stress kata kunci yg harus kita fahami sebagai petani. Kita pergi pula asas makanan tumbuhan iaitu NPK dan fokus kpd unsur yg mana lebih menyuburkan tanaman. Mungkin anda setuju dengan saya yg mana unsur Nitrogen (N) adalah utk kesuburan.

Nitrogen boleh dibekalkan dari baja buatan atau semulajadi. Memang betul lah cadangan sifu2 diluar sana. Selepas habis musim kita bagi baja Subur iaitu baja yg tinggi unsur N. Contoh baja subur yg tinggi unsur N iaitu Novatec Suprem dengan formula NPK (21:5:10-3-6S-Te) atau boleh juga bagi YaraMila 16:16:16 ditambah YaraLiva Nitrabor.

Sebelaum membaja periksa dahulu pH tanah. Tiada maknanya jika kita melabur baja grade super tapi tak dapat diserap oleh tanaman. Jika pH rendah pengapuran harus dilakukan. Kalau kapur saya syorkan Zeolite berbanding Dolomite.

Bagi pembaja selepas musim saya lebih suka baja yg cepat diserap (Quick-Release Fertilizer atau Water Soluble Fertilizer).


POKOK KEMBALI BERBUNGA SEBAIK SETELAH MUSIMNYA

Belum habis buah gugur tetapi di pucuk sudah kelihatan bunga atau seminggu selepas musim pokok mengeluarkan bunga semula. Kes ini special, kalau biasa selepas habis musim boleh diberi baja subur 15:15:15 tapi jika ada bunga keluar tak bolehlah. Kalau dibaja dengan 15:15:15 maka tunas pucuk akan keluar dan bunga akan gugur.

Pada masa ini anda perlu membuat keputusan yang tepat sama ada nak kekalkan bunga atau sebaliknya. Faktor keputusan anda harus melihat kepada keupayaan pokok. Adakah pokok masih boleh bertahan atau sudah menghadapi stress kronik.

Satu musim durian mengambil masa 145-180 hari mengikut varieti. Dari peringkat mata ketam hingga labuh  ketupang (bunga mekar) mengambil masa 45-48 hari dan matang kira-kira 95hari kamudian. Secara teorinya 145hari waktu generatif tambah 100 (>150hari bagi pokok sakit kronik) hari waktu pemulihan menjadikan 245-280hari keseluruhan kitaran (365-245=125hari @ 365-280=85hari). Secara normal pokok durian berbuah sekali setahun dan jangan memaksa pokok anda berbuah lebih dari 2 kali setahun. Jika ada banyak pokok berbuah diluar musim utama, biar beberapa pokok shj berbuah dan yang lainnya direhatkan. Pilih yang subur sahaja utk terus berbuah. Jika pokok terlalu stress kemungkinan ia mati amat tinggi

Saya syorkan  guna baja cecair organik yg tinggi K contoh LCP AG Special-K campur dengan CarBor. Baja buah tanpa klorida yang boleh taburkan ⅓ dari jumlah normal.


POKOK KURANG SIHAT

Pokok yang kurang sihat harus direhatkan walaupun ada bunga yg muncul sehingga pokok tersebut pulih. Tiga masalah yang biasa dihadapi tanaman durian dewasa iaitu Phytophthora (kanker), anai-anai dan pengorek batang. Jika rawatan tidak dijalankan segera boleh menyebabkan pokok  mati. Serangan boleh berlaku secara tunggal atau serentak


Gambar pokok milik Kerok Tandang Dabel 

# Mari kita bincangkan bersama