Usia sudah lanjut baru mempunyai minat dalam pertanian. Ramai yg memilih untuk menanam durian, apa alasanya itu terpulang dengan si penanam. Ada yg merasa tidak berbaloi, kerana durian secara tradisinya mengambil masa lama utk berbuah. Mungkin si penanam tidak sempat utk menuai hasilnya... Saya tidak peduli. Jika saya tidak sempat, anak cucu cicit saya nanti boleh menikmatinya. Sama seperti durian Langkau Tembawai di bukit Tunggal Pantu, Simanggang. Pokoknya ditanam oleh moyang kami sebelum saya lahir. Hanya tiga pokok seakan2 ditanam meniru teknik siam (3 tree planting). Setiap musim 3pokok ini boleh menghasilkan ratusan biji durian.
Jangan takut menanam, lambat lebih baik daripada tidak menanam. Jika umor panjang dalam masa beberapa tahun anda dapat menikmati hasil tangan sendiri. Tidak perlu menanam skala besar 3-5 pokok sudah cukup untuk memenuhi keperluan keluarga dan boleh diwariskan kepada anak cucu anda nanti. Biasanya pokok tanam biji mengambil masa 9-32tahun untuk berbuah. Bergantung dengan cara penjagaan anda dan kesuburan tanah. Bagi pokok kawen biasanya 5 tahun sudah berbuah. Mari kita kupas lebih lanjut kapan pokok kawen bisa berbuah.
Pokok kawen
Pemberian baja buah boleh dimulakan pada peringkat dimana saiz batang durian mencapai 40cm
Kita bagi pada saiz 40cm tapi bukan bermakna hari ini bagi esok terus keluar bunga. Pokok ambil masa utk pembentukan hormon dan tenaga hingga berbulan lamanya. Biasanya mengambil masa 5 bulan (~150hari), dimana pembentukan pucuk mengambil masa kira-kira 100 hari dan kira-kira 42-50hari untuk penggumpulan tenaga (Karbohidrat @ glukosa).
Bila tenaga dah cukup dan hormon dah terbentuk. Pokok akan berbunga apabila C:N ratio melebihi nisbah 20.
C:N 18 (D93, D99 dll)
C:N 19 (D168, D198 & D200)
C:N 20 (D160 & 197)
Karbon (C) dihasilkan semasa fotosintesis. Yg mana proses ini terjadi di daun tanaman tersebut dengan bantua klorofil. Kepekatan klorofil boleh di ukur dengan alat khas dan fotosintesis terjadi secara maksima semasa index klorofil berkepekatan melebihi 60. Jika kita tiada alat ukur kita boleh melihat bahawa daun nya cukup matang dan hijau gelap. Usia pucuk kira2 100hari.
Bagaimana nak tingkatkan C:N ratio?
Hanya utk pokok yg di cantum. Pokok tanam biji mengambil masa yg lebih lama sehingga selesai fasa vegetatif.
Pokok sedia dibuahkan apabila saiz ukurlilit mencapai 60cm (ikut variati 60-75cm).
Jumlah buah perlu mengikut kesesuaian pokok. Bunga musim pertama boleh dibuang atau ditinggalkan 1-3 biji sahaja. Jgn d paksa pokok kecil buah sampai 20biji.
Tempoh buah matang
Satu kitaran musim durian mengambil masa 330hari dimana 145-180hari dari peringkat bunga hingga buahnya masak gugur. Peringkat pemulihan dari buah gugur (hujung musim) hingga daun berpucuk muda lalu matang mengambil masa ~150hari. Tempoh ini bergantung kpd varieti dan cuaca.
Tempoh pembentukan buah dari bunga mekar hingga masak gugur. Durian klon seperti Kop kecil mengambil masa kira-kira 90-95 hari. Varieti lain pula mengambil tempoh seperti Musang King (100-110hari), Duri hitam (115-125 hari), Kanyou (120-130hari) mana Monthong memerlukan tempoh lebih panjang iaitu 135-145hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan