Isnin, 20 Julai 2020

Pokok SAKIT

 7 TANDA POKOK BERMASALAH


Kisah bertanam durian bukan selalunya indah, hampir 3 tahun sudah pokok ini ditanam tapi saiznya baru 40cm tinggi. berbanding pokok lain yang sudah tinggi 20kaki dan ada yang belajar berbunga.


Gambar atas (Musang King @ D-197), Bawah-Kiri (Chanee @ D123), Bawah-Tengah (Beserah @ D145) dan Bawah-Kanan (Hjh. Hasmah @ D168).

Pokok ditanam pada 28 Dec 2018 usia 8 Bulan. 

D197 - Pokok semasa ditanam saiznya hanya 1kaki 

D123 & D168 - Pokok bersaiz hampir 3kaki semasa ditanam (Pra-APM)

D145 - Pokok buangan nurseri sebab bahagian bawah batang pokok penanti tercedera oleh jangkitan kulat


Tujuh Tanda pokok bermasalah

1. Pucuk kering 

2. Pertumbuhan terbantut 

3. Daun kekeringan / terbakar 

4. Daun kekuningan / Pudar / berbintik

5. Daun berlubang / Bergulung/ kerinting

5. Pokok cepat layu walaupun telah disiram

6. Bentuk daun tidak seragam / bergelombang

7. Batang merekah, atau menanah (kristal / cecair coklet)


PUCUK KERING 

Ketidak seimbangan nutrient, kulat, serangga boleh menyebabkan pucuk kering 

a. Kekurangan unsur boron (B) dan kalsium (Ca)  

b. Serangan kulat Rigidiporus atau Chonephora Cucurbitarum 

c. Pucuk diserang serangga penghisap seperti empangau (kesing), kutu trip

PERTUMBUHAN TERBANTUT

Pertumbuhan terbantut biasanya disebabkan oleh kegagalan pokok menyerap nutrient, air dan cahaya. Pertumbuhan terbaik memerlukan spektrum cahaya 380-740nm. 

Kelembapan tanah yang ideal bagi tanah loam 26-28 peratus. Pokok akan mula stress bila kandungan air kurang daripada 18 peratus atau kelemasan bila air berlebihan.

Mengapa akar gagal menyerap nutrient?

- Akar tidak aktif

- Makanan dalam tanah sudah tiada / kehabisan

- Tanah padat, keras dan kekeringan. Durian suka tanah yang poros, lembab tatapi tidak menakung air

- Suhu tanah ideal bagi kebanyakan tanaman iaitu 18-26.5'C. Akar tanaman boleh mati bila suhu tanah melebihi 40'C

- Kadar pH tanah yang tidak sesuai. terlalu berasid atau beralkali, kadar pH ideal bagi durian 5.3-6.7 

- Akar diserang virus. Biasanya akibat tanah selalu terlalu lembap dan penggunaan bahan organik seperti tinjar ayam yg tidak dirawat


Gambar diatas didapati ruas antara daun pendek, daun muda kekuningan dan bergulung keluar


Perhatian: Page ini masih dalam pembikinan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan