Rehabilitasi Durian Tembawai
Pengurusan ladang durian dewasa
Menjaga durian dewasa tidaklah serumit menjaga durian kecil sebab pokok sudah besar dan stabil. Antara asas yang dijalankan seperti;
- Mencantas dahan yang mati, sakit atau tunas air
- Membersihkan pokok lain yang tumbuh semulajadi dan tidak berguna
- Merawat tanah dengan mengapur, menyukup (mulching), menimbus dan memaritan
- Membersihkan pokok tumpang seperti duit-duit, ara, rajang (pakis), orkid dan lumut
- Merawat kulat terutama Phytophthora, Pythium, Rigidiporus lignosus, Rhizoctonia, Colletorichum, Phomopsis durionis dan Corticium salmonicolor.
- Memantau dan merawat kerosakan kecederaan akibat haiwan, serangga atau kuasa alam (Contoh:- kulit batang dimakan tupai, ditebuk ulat & anai-anai, batang sekah/patah dll
Program pembajaan dan kawalan penyakit biasanya dilakukan mengikut peringkat pembuahan. Baja boleh diberikan 3-5 kali iaitu pada peringkat (Vegetative - Flower - Fruit - Replenish)
Vegetative 1 (Pucuk Muda)
- Penyiraman penuh
- Pembajaan kesuburan (Baja2) + Foliar subur
Vegetative 2 (Pucuk Matang)
- Penyiraman penuh
- Lakukan pemangkasan bila pucuk sudah matang
- Pembajaan pematangan (Baja3) + Foliar buah
Flowering
- Penyiraman terkawal
- Pembajaan aruhan menggunaan MKP (Baja4) selepas 2-3minggu kemarau. Atau tambah unsur Mn dan Zn.
- Foliar K, Ca, B dan Cu untuk menguatkan bunga dan penting dalam proses pendebungaan
- Meningkat/ Kawal ratio C:N
- Elakan pucuk keluar. Terutama bila berlaku hujan. Halang penyerapan N dan P dari peringkat bunga hingga buah stabil
- Pendebungaan manual boleh diusahakan bagi meningkatkan kejayaan pendebungaan.
- Kekalkan pH tanah pada julat 6.8 selepas keluar mata ketam sehingga pembentukan buah
Fruit
- Penyiraman penuh (pembentukan)
- Penjarangan buah
- Pembajaan buah (Baja-5)
- Semburan folia Special-K, Ca, Mg, S, Zn, Cu dan N
- Kekalkan pH tanah pada julat 6.2-6.5 dari saiz ping pong
- Pasang Jaring/ikat buah
- kawal penyiraman 2 minggu sebelum buah masak
Replenish
- Pemulihan tanah dgn pengapuran, pembajaan organik (Baja1) dll
- Pemulihan pokok dengan perawatan penyakit seperti kanker, anai2 dll
- Penyeburan Amino (Mudah serap)
Contoh baja
Baja 1 - Kompos atau tinja ayam yang sudah di peram dengan EM
Baja 2 - Baja subur seperti NPK 15:15:15 atau sepadan
Baja 3 - Baja buah seperti NPK 12:12:17 atau 10:18:24 atau 12:12:36
Baja 4 - Baja tanpa N seperti MKP 0:52:34 (Boleh diabaikkan)
Baja 5 - Baja buah seperti NPK 15:3:20 atau 12:6:24 dll
Nisbah Baja NPK bagi setiap stage Durian
Tanaman |
Stage |
N |
P |
K |
Mg |
Ca |
S |
Zn |
B |
Te |
Durian |
1 |
2 |
2 |
1 |
0.2 |
1 |
0.2 |
|
ü |
ü |
4kg |
2 |
1 |
1 |
0.2 |
1 |
0.2 |
|
ü |
ü |
|
4kg |
2 |
1.5 |
1 |
2 |
1 |
1.5 |
1 |
|
ü |
ü |
4-6Kg |
3 |
û / 1 |
3 |
3 |
1 |
1 |
0.5 |
ü |
ü |
ü |
4kg |
4 |
1.5 |
1 |
3 |
0.5 |
2 |
1 |
|
ü |
ü |
4-6kg |
5 |
2 |
1 |
3 |
0.2 |
|
1 |
|
|
ü |
20-40Kg |
6 |
1 |
1 |
1 |
0.2 |
0.3 |
0.2 |
|
|
|
Keperluan nutrient pada stage 4 bagi pokok
matang usia kita-kira 10 tahun
Nutrient |
N |
P |
K |
Mg |
Ca |
S |
Zn |
B |
Te |
|
Peringkat Pembentukan Buah |
4.0Kg |
1.5 |
1 |
3 |
0.2 |
2 |
1 |
|
ü |
ü |
Kehilangan melalui buah |
Kg/ Tone |
2.3-2.4 |
0.3-0.4 |
3.8-4.2 |
0.5 |
0.3 |
|
|
|
|
Kandungan daun |
% /kg |
13.7 |
18.1 |
20.8 |
23.5 |
18.1 |
17.7 |
|
|
|
Stage
1 – Penanaman / Selepas Musim
2 – Durian Matang
3 – Persedian berbunga
4 – Pembentukan Berbuah
5 – Pengisian Buah x2
6 - Hujung Musim (Organik)
Special condition
- Apabila durian sedang pengisian buah. Terdapat
bunga juga keluar. Pada masa ini ratio baja yang digunakan haruslah 1:1:3. Pada
peringkat 3-5 baja yang rendah kandungan unsur Cl wajib digunakan. Pilihan
terbaik adalah baja SOP based.
- Apabila berlaku hujan sebelum buah stabil (< 8minggu selepas Anthesis). Penyemburan menggunakan foliar tinggi K seperti
potassium nitrate perlu dilakukan dengan sukatan 150-200g/20L air terus ke
pucuk. Tujuannya supaya pucuk baru tidak keluar. Begitu juga kalsium dan boron disembur langsung ke tangkai
buah bagi menguatkan tangkai dan mengelakan buah gugur.
PEMBAJAAN DI ZON HUJAN
Pokok durian yang hidup di zon kerap hujan program pembajaan mungkin berbeza.
Banyak pandangan2 pakar durian mengatakan, selepas musim perlu bagi baja organik Tinja Ayam/Kompos dahulu. Ramai juga yang syorkan baja subur seperti 15:15:15.
Ada 3 jenis formula baja ini. Mana pilihan anda.
- 1:1:1 (Contoh 15:15:15)
- 2:1:1 (Contoh 20:10:10)
- 1:1:2 (Contoh 15:15:20)
Bagi saya jika dikawasaan zon hujan, kita perlu lihat keadaan pokok. Saya tertarik dengan cadangan seorang sahabat yang juga pegawai pertanian tempatan menyarankan terus bagi baja 12:12:17. Kalau pokok kurang sihat bagi baja subur atau semi-organik seperti Soyafish 8:8:8
Pokok berbuah kerana stress kata kunci yg harus kita fahami sebagai petani. Kita pergi pula asas makanan tumbuhan iaitu NPK dan fokus kpd unsur yg mana lebih menyuburkan tanaman. Mungkin anda setuju dengan saya yg mana unsur Nitrogen (N) adalah utk kesuburan.
Nitrogen boleh dibekalkan dari baja buatan atau semulajadi. Memang betul lah cadangan sifu2 diluar sana. Selepas habis musim kita bagi baja Subur iaitu baja yg tinggi unsur N. Contoh baja subur yg tinggi unsur N iaitu Novatec Suprem dengan formula NPK (21:5:10-3-6S-Te) atau boleh juga bagi YaraMila 16:16:16 ditambah YaraLiva Nitrabor.
Sebelaum membaja periksa dahulu pH tanah. Tiada maknanya jika kita melabur baja grade super tapi tak dapat diserap oleh tanaman. Jika pH rendah pengapuran harus dilakukan. Kalau kapur saya syorkan Zeolite berbanding Dolomite.
Bagi pembaja selepas musim saya lebih suka baja yg cepat diserap (Quick-Release Fertilizer atau Water Soluble Fertilizer).
POKOK KEMBALI BERBUNGA SEBAIK SETELAH MUSIMNYA
Belum habis buah gugur tetapi di pucuk sudah kelihatan bunga atau seminggu selepas musim pokok mengeluarkan bunga semula. Kes ini special, kalau biasa selepas habis musim boleh diberi baja subur 15:15:15 tapi jika ada bunga keluar tak bolehlah. Kalau dibaja dengan 15:15:15 maka tunas pucuk akan keluar dan bunga akan gugur.
Pada masa ini anda perlu membuat keputusan yang tepat sama ada nak kekalkan bunga atau sebaliknya. Faktor keputusan anda harus melihat kepada keupayaan pokok. Adakah pokok masih boleh bertahan atau sudah menghadapi stress kronik.
Satu musim durian mengambil masa 145-180 hari mengikut varieti. Dari peringkat mata ketam hingga labuh ketupang (bunga mekar) mengambil masa 45-48 hari dan matang kira-kira 95hari kamudian. Secara teorinya 145hari waktu generatif tambah 100 (>150hari bagi pokok sakit kronik) hari waktu pemulihan menjadikan 245-280hari keseluruhan kitaran (365-245=125hari @ 365-280=85hari). Secara normal pokok durian berbuah sekali setahun dan jangan memaksa pokok anda berbuah lebih dari 2 kali setahun. Jika ada banyak pokok berbuah diluar musim utama, biar beberapa pokok shj berbuah dan yang lainnya direhatkan. Pilih yang subur sahaja utk terus berbuah. Jika pokok terlalu stress kemungkinan ia mati amat tinggi
Saya syorkan guna baja cecair organik yg tinggi K contoh LCP AG Special-K campur dengan CarBor. Baja buah tanpa klorida yang boleh taburkan ⅓ dari jumlah normal.
POKOK KURANG SIHAT
Pokok yang kurang sihat harus direhatkan walaupun ada bunga yg muncul sehingga pokok tersebut pulih. Tiga masalah yang biasa dihadapi tanaman durian dewasa iaitu Phytophthora (kanker), anai-anai dan pengorek batang. Jika rawatan tidak dijalankan segera boleh menyebabkan pokok mati. Serangan boleh berlaku secara tunggal atau serentak
Gambar pokok milik Kerok Tandang Dabel
# Mari kita bincangkan bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan